Thursday, April 30, 2009

Forum Remaja

SM St. John, 30 April – SMK Kota Klias telah menyertai pertandingan forum remaja peringkat daerah yang berlangsung di SM St. John, Beaufort. Pelajar yang mewakili sekolah dalam pertandingan tersebut ialah Nurdayana Yunus, Zubaidah Abdul, Noor Mizatul Akhmar Masrin, Nur Hidayah Sapar dan Mimie Anjin. Forum yang disampaikan oleh para pelajar tersebut bertajuk “ Kemeriahan Rumah Terbuka Menyemarakkann Perpaduan antara Kaum “.

Wednesday, April 29, 2009

Pertandingan Melukis Poster Anti Dadah

SMK Pengiran Omar 2, 29 April – SMK Kota Klias telah menyertai pertandingan melukis poster Anti Dadah yang telah diadakan di SMK Pengiran Omar 2, Sipitang. Adik Azeeyan Nali merupakan pelajar yang mewakili sekolah dan peserta ini telah menyandang naib johan dalam pertandingan tersebut.

Pembentangan Kertas Kajian Tindakan 2009

Monday, April 27, 2009

Kejohanan Tenis Peringkat Zon Pantai Barat Selatan

MRSM Kinarut, 27 April – SMK Kota Klias telah menyertai kejohanan tenis peringkat Zon Pantai Barat Selatan yang berlangsung di MRSM, Kinarut. Pelajar yang mewakili sekolah bagi kategori bawah 18 tahun ialah Mohd Ihsyan Nali, Mohd Nurhafiz Hashin dan Mohd Harris Harnain, Kategori bawah 15 tahun pula diwakili oleh Nur Muhd Shah Merhan Shaiful. Pasukan beregu bawah 18 yang diwakili oleh Mohd Ihsyan Nali dan Mohd Nurhafiz Hashim telah menyandang gelaran juara seterusnya layak ke kejohanan tenis di peringkat negeri. Manakala pemain perseorangan bawah 18 tahun iaitu Mohd Harris Harnain dipilih sebagai pemain simpanan untuk beraksi di peringkat negeri berikutan prestasi baik yang ditunjukkan.

Saturday, April 25, 2009

Minggu Bahasa Inggeris

SMK KOTA KLIAS – Panitia Bahasa Inggeris telah mengadakan minggu Bahasa Inggeris pada 20 – 24 April. Antara aktiviti yang dijalankan pada minggu tersebut ialah mengarang cerpen (short story), mencipta lirik (composing lyrics), membina perkataan (form words), pertandingan mengeja (spelling bee) dan koir (choir).Objektif bagi aktiviti-aktiviti tersebut ialah untuk mempertingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar di samping memupuk minat dan memberikan motivasi kepada pelajar dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Selain itu, aktiviti ini juga adalah untuk menggalakkan para pelajar terlibat secara aktif dalam aktiviti berbahasa seterusnya menggalakkan penggunaan Bahasa Inggeris secara aktif di kalangan pelajar, guru dan staf sekolah. Guru yang mengendalikan minggu Bahasa Inggeris ialah Cik Christie Jafri, Cik Mahanie Sawang dan Cik Melissa James Gaban.

Monday, April 20, 2009

Pidato Piala Di Raja

SM St. Paul, 20 April – SMK Kota Klias telah menyertai pertandingan pidato piala diraja peringkat daerah yang diadakan di SM St. Paul/ Beaufort. Sozillah Aris merupakan pelajar yang mewakili sekolah dalam pertandingan tersebut. Tajuk pidato yang disampaikan ialah “ Nilai Murni Tonggak Pembinaan Insan “. Adik Sozillah Aris Berjaya menyandang gelaran naib juara dalam pertandingan pidato piala diraja tersebut.

Friday, April 17, 2009

Kejohanan Tenis Peringkat Daerah Beaufort

SMK Kota Klias, 16 April – SMK Kota Klias telah menjadi tuan rumah bagi kejohanan tenis peringkat daerah Beaufort. Kejohanan ini diadakan di gelanggang tenis SMK Kota Klias. Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu bawah 18 tahun dan bawah 15 tahun. Peserta yang mewakili kategori bawah 18 ialah Mohd Harris Harnain, Mohd Ihsyan Nali dan Mohd Norhafiz Hashim. Kategori bawah 15 tahun pula diwakili oleh Nur Muhd Shah Merhan Shaiful, Mohd Firdaus Amran dan Mohd Farkhi Ali Hassan. Pasukan beregu bawah 18 tahun yang diwakili oleh Mohd Ihsyan Nali dan Mohd Nurhafiz Hashim telah mendapat johan dan peserta perseorangan iaitu Mohd Harris Harnain mendapat tempat naib johan. Manakala peserta beregu bawah 15 tahun yang diwakili oleh Mohd Firdaus Amran dan Mohd Farkhi Ali Hassan serta peserta perseorangan iaitu Nur Muhd Shah Merhan Shaiful telah mendapat naib johan. Secara keseluruhannya SMK Kota Klias telah mendapat naib juara dalam kejohanan tenis peringkat daerah pada kali ini.




Tuesday, April 14, 2009

Kejohanan Bola Baling Peringkat Daerah Beaufort

SMK Gadong, 14 April – SMK Kota Klias telah menyertai pertandingan bola baling peringkat daerah yang diadakan di SMK Gadong. Pertandingan ini telah disertai oleh beberapa orang pelajar iaitu Mohd Haziq Niman, Razif Alfie Bistamee, Syafiq Adanan, Syafiy Ag Sapawi, Abd Aziz Zulkifli, Nazwan Hamdan, Afiq Aspar, Shafie Abd Zulkifli, Suraz Gastin, Khairul Telepudin dan Johan Ag Besar. Guru yang mengiringi peserta-peserta ini ialah En Raidi Abu Bakar dan En Mohd Saiful Akmar Abdullah.

Sunday, April 12, 2009

Pertandingan Bahas Ala Parlimen Peringkat Daerah Beaufort


Aktiviti: Pertandingan Bahas Ala Parlimen Peringkat Daerah Beaufort
Tarikh : 12 Mac 2009
Tempat : SMK Beaufort

Tajuk Tema :
Pusingan Awal :
Kemerosotan mutu bola sepak negara adalah disebabkan kelemahan pengurusan FAM.

Pusingan Separuh Akhir :
Realiti Televisyen lebih banyak mendatangkan keburukan kepada remaja

Peringkat Akhir :
PPSMI pemangkin kemajuan Negara.

Objektif.
  1. Memperkenalkan satu format perbahasan yang menarik dan mencabar kepada pelajar sesuai dengan institusi persekolahan sebagai pusat kecemerlangan.
  2. Melahirkan pelajar-pelajar yang bakal menjadi pemimpin yang berani dan berfikiran tajam serta mempunyai kemahiran berhujah secara sepontan.
  3. Melahirkan pelajar-pelajar yang berkemahiran mengurtarakan hujah-hujah yang bernas dan teratur.
Guru Pengiring:
  1. Cik Dang Kasum Julai
  2. Pn. Afzanih Abd Latip
Senarai Pelajar:
  1. Azye Anyzah Marmaya ( 5 Dalton)
  2. Sozila Haris ( 5 Volta )
  3. Kujaimah Jandih ( 5 Volta )
  4. Nurnabila Izaty Mat Jali ( 5 Volta )
  5. Nurwafa Syafiqah Kalong ( 4 Volta )

Pencapaian : Naib Johan Peringkat Daerah

Lain-lain : Hadiah Sijil dan Medal

Friday, April 10, 2009

Thursday, April 2, 2009

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...