Monday, March 25, 2013

Saturday, March 23, 2013

Thursday, March 21, 2013

Monday, March 18, 2013

Wednesday, March 13, 2013

Sunday, March 10, 2013

Program AKU JANJI PMR, SPM dan PRA-U 2013

Program ini dijalankan khas untuk pelajar tingkatan 3,5 dan Pra-U 2013, ia bertujuan untuk menatapkan sasaran dan matlamat mereka dalam peperiksaan kelak. Melalui matlamat yang telah dibina mereka akan lebih berusaha dan bermotivasi untuk mencapai sasaran mereka. Program ini dijalan berasingan antara tingkatan iaitu pada 28 Feb 2013 kepada pelajar tingkatan 3 pada pukul 8.30am-9.30am, slot ke 2 dijalankan kepada pelajar tingkatan 5 iaitu pada pukul 10.30am hingga 11.30am. Pelajar Pra-U menandatangani borang Aku Janji pada 1 Mac 2013 iaitu pada pukul 8.30am-9.30am. Sebelum mereka diberi penerangan dan menandatangani borang Aku Janji mereka terlebih dahulu akan mendengar ceramah yang bertajuk Menggilap Mutiara daripada Cikgu Arywati. Seterusnya mereka akan bersama guru kelas masing-masing untuk menetapkan sasaran atau matlamat mereka dalam peperiksaan.

Friday, March 8, 2013

Kem Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)

Program ini adalah anjuran Majlis Guru Kaunseling daerah Beaufort dgn kerjasama PPD Beaufort. Seramai 104 peserta sekolah rendah dan menengah dari daerah Beaufort telah menyertai perkhemahan ini. Perkhemahan ini telah melibatkan 5 orang ahli PRS SMK Kota Klias yang dilaksanakan pada 23 dan 24 Feb 2013(Sabtu dan Ahad). Melalui Program ini, Ahli dapat bertukar-tukar pendapat dan belajar tentang tanggungjawab sebagai ahli PRS.

Wednesday, March 6, 2013

Tuesday, March 5, 2013

Monday, March 4, 2013

Pertandingan Tenis MSS Sabah 2013

Dua pemain tenis dari SMK Kota Klias telah terpilih untuk mewakili Zon Selatan ke pertandingan Tenis MSS Sabah  pada 2-4 Mac 2013 bertempat di Kompleks Sukan Tawau. Pelajar tersebut ialah;
1. Nur Mohd Shahmerhan Bin Shaifull - T5 Al Razi
2. Mohd Azrin Abd Lachik - T3 Al Razi
Tahniah diucapkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...