Tuesday, February 19, 2013

Program Suntikan ATT (anti tetanus toxoid) Untuk Pelajar Tingkatan 3


Kancing gigi atau juga dikenali sebagai tetanus, mempunyai tanda-tanda seperti kekejangan otot yang menyakitkan. Ia merupakan keadaan perubatan berciri-ciri oleh pengucupan berpanjangan fiber otot kerangka. Simptom utama disebabkan oleh tetanospasmin, neurotoksin yang dihasilkan oleh Bakterium anearobik obligate Gram-positif Clostridium tetani. Jangkitan biasanya berlaku melalui jangkitan luka dan sering kali membabitkan cedera luka atau tusukan dalam. Ketika jangkitan berlaku, kekejangan otot berlaku pada rahang (dengan itu nama "kancing gigi") dan di tempat lain pada badan. Jangkitan boleh dielakkan melalui pelalian yang betul dan prophylaxis selepas dedahan. Kancing gigi merupakan sejenis penyakit berbahaya yang boleh membawa maut dan menjadi punca utama kematian di Asia dan Afrika.

Tanda-tanda seseorang itu mendapat kancing gigi ialah kelesuan, ketegangan atau kekejangan, sukar mengunyah, otot semakin keras hingga terkancing gigi, susah tersenyum lebar, pengecutan otot yang kuat, kekejangan yang menyakitkan. Kancing gigi mengakibatkan keretakan (di tulang-tulang panjang, tulang belakang), kerenggangan tendon, kesukaran makan, kegagalan jantung dan trombosis. Kancing gigi hanya boleh dicegah melalui vaksinasi.

sumber:http://ms.wikipedia.org/wiki/Kancing_gigi

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...