KUALA LUMPUR 19 Feb. – Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2009 akan diumumkan pada 25 Februari ini. Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai pukul 12 tengah hari, manakala calon persendirian akan memperolehinya melalui pos. Calon-calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip “STPM (jarak) nombor kad pengenalan” dan hantar ke 36363, atau menaip “STPM Result (jarak) nombor kad pengenalan” dan hantar ke 15888. Menurut MPM, keputusan juga boleh diperolehi dengan melayari laman web MPM di http://www.mpm.edu.my mulai pukul 12 tengah hari pada tarikh tersebut. Satu sidang media mengenai analisis keputusan peperiksaan akan diadakan pukul 11.30 pagi pada tarikh yang sama di pejabat MPM, Persiaran 1, Bandar Baru Selayang, Batu Caves, Selangor. Tahun lalu, 52,348 calon menduduki peperiksaan STPM. Daripada jumlah itu, 47,260 orang atau 90.28 peratus adalah calon sekolah kerajaan, 1,747 (3.34 peratus) calon sekolah swasta dan 3,241 (6.38 peratus) calon persendirian. – Bernama
Tuesday, February 23, 2010
Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2009 diumum pada Khamis 25 Februari 2010
Labels: Peperiksaan
Posted by SmkKK :- at 12:30 AM 0 comments
Tuesday, November 17, 2009
Penyerahan Slip Peperiksaan Akhir Tahun 2009
Labels: Peperiksaan
Posted by SmkKK :- at 8:47 PM 0 comments
Wednesday, October 28, 2009
Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2009
Peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan bermula mulai 18 November 2009. Berikut adalah jadual waktu peperiksaan bertulis SPM 2009 sebagai panduan kepada Pelajar SMK Kota Klias. Rabu 18 Nov 2009 Khamis 19 Nov 2009 Jumaat 20 Nov 2009 Isnin 23 Nov 2009 Rabu 25 Nov 2009 Isnin 30 Nov 2009 Rabu 2 Dis 2009 Khamis 3 Dis 2009 Jumaat 4 Dis 2009 Isnin 7 Dis 2009 Selasa 8 Dis 2009 Selasa 15 Dis 2009 Rabu 16 Dis 2009
08.00 – 10.15 Bahasa Melayu 1
11.00 – 12.00 Sejarah 1 (Aneka Pilihan)
14.00 – 16.30 Bahasa Melayu 2
08.00 – 09.45 Bahasa Inggeris 1
10.30 – 12.45 Bahasa Inggeris 2
14.00 – 16.30 Sejarah 2
08.00 – 09.15 English for Science and Technology 1
10.00 – 11.00 English for Science and Technology 2 (Aneka pilihan)
08.00 – 09.15 Mathematics 1 (Aneka Pilihan)
10.00 – 12.30 Mathematics 2
Selasa 24 Nov 2009
08.00 – 10.00 Pendidikan Islam 1
08.00 – 10.30 Pendidikan Moral 1
14.00 – 15.40 Pendidikan Islam 2
08.00 – 10.00 Additional Mathematics 1
14.00 – 16.30 Additional Mathematics 2
08.00 – 10.30 Biology 2
11.00 – 12.15 Biology 1 (Aneka Pilihan)
14.00 – 15.30 Biology 3 (Amali Bertulis)
08.00 – 09.15 Science 1 (Aneka Pilihan)
10.00 – 12.30 Science 2
14.00 – 15.15 Pendidikan Seni Visual – Teori Seni 1 (Aneka Pilihan)
08.00 – 09.15 Physics 1 (Aneka Pilihan)
10.00 – 12.30 Physics 2
14.00 – 15.30 Physics 3 (Amali Bertulis)
08.00 – 11.00 Pendidikan Seni Visual – Seni Halus 2
08.00 – 09.15 Ekonomi Asas 1 (Aneka Pilihan)
10.00 – 12.00 Ekonomi Asas 2
08.00 – 09.15 Chemistry 1 (Aneka Pilihan)
10.00 – 12.30 Chemistry 2
14.00 – 15.30 Chemistry 3 (Amali Bertulis)
08.00 – 10.00 Geografi 2
11.00 – 12.15 Geografi 1 (Aneka Pilihan)
08.00 – 10.30 Pengetahuan Sains Sukan 2
11.00 – 12.15 Pengetahuan Sains Sukan 1 (Aneka Pilihan)
Labels: Peperiksaan
Posted by SmkKK :- at 1:10 PM 0 comments





