Showing posts with label PDRM. Show all posts
Showing posts with label PDRM. Show all posts

Thursday, May 26, 2011

Minggu Disiplin, Kesihatan, Anti Merokok dan AntiDadah 2011 - Hari Kedua Sesi 1 PDRM

26 Mei 2011, Hari kedua Minggu Disiplin, Kesihatan, Anti Merokok dan AntiDadah 2011 di mulakan dengan ceramah dan pameran oleh PDRM Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Beaufort. Ceramah yang diberikan oleh detektif Sarjan Jaafridin Othman ini bertajuk Masalah Dadah Negara - penguatkuasaan dan perundangan. Para pelajar didedahkan tentang peranan jabatan siasatan jenayah dan narkotik dalam membanteras kegiatan jenayah, penagihan serta pengedaran dadah dimalaysia, selain itu pelajar juga didedahkan tentang bahaya dadah terhadap orang yang terjebak aktiviti dadah. Objektif utama Jabatan Siasatan jenayah Narkotik, PDRM, ialah untuk memberi penekanan dan tumpuan khas terhadap masalah dadah dalam negara dengan menyatu dan merancang program serta aktiviti penguatkuasaan undang-undang supaya ianya dapat dilaksanakan dengan teratur dan berkesan. Jabatan Siasatan jenayah Narkotik, PDRM mempunyai bidang tugas seperti berikut:
1. Mengumpul risikkan yang berkaitan dengan pengedaran dadah
2. Menyiasat, memberkas dan mendakwa ke muka pengadilan, pengedar-pengedar dan ahli sendikit dadah
3. Menyekat penyeludupan dadah ke dalam negara, termasuk bahan-bahan kimia yang digunakan untuk memproses dadah
4. Tukar menukar maklumat risikkan dengan agensi-agensi luar negeri dan juga tempatan
5. Menyediakan latihan tempatan dan luar negeri untuk pegawai-pegawai.
6. Penguatkuasaan undang-undang bersabit dengan tahanan pencegahan
7. Menahan penagih-penagih dadah untuk tujuan rawatan dan pemulihan
8. Menyelaras dan menyelia pergerakkan dan kegiatan bekas-bekas penagih / pesalah dadah
9. Memelihara rekod, butir dan perangkaan mengenai penagihan / penyeludupan / pengedaran dan penjualan dadah.

Terima Kasih kepada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM beaufort kerana sudi hadir untuk memberi ceramah dan pendedahan tentang masalah dadah kepada pelajar-pelajar sekolah ini.

Tuesday, May 24, 2011

Minggu Disiplin, Kesihatan, Anti Merokok dan AntiDadah 2011 - Hari Pertama Sesi 2 Unit K9

Sempena Minggu Disiplin, Kesihatan, Anti Merokok dan Antidadah, satu pertunjukkan dari Unit Anjing Pengesan K9 PDRM Kota Kinabalu telah diadakan. Seramai 9 orang anggota polis bersama-sama dengan 4 ekor anjing pengesan telah mengadakan pertunjukan di Padang Sekolah. Diantara pertunjukan yang dilakukan oleh anjing K9 ini ialah mengesan dadah yang disembunyikan didalam kotak dan tanah, membuat pertunjukkan kawad dan aksi mengejar penjenayah.

Selepas sesi pertunjukkan, Satu ceramah dan sesi soal jawab telah diadakan yang mana para pelajar didedakan pelbagai maklumat tentang peranan Unit Anjing Pengesan K9 PDRM. Menurut pegawai polis yang mengendalikan program, Unit K9 ditubuhkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu polis mengesan pelbagai jenis dadah semasa operasi dilakukan, mencari bukti seperti mencari mayat yang dicampak ke dalam sungai, tasik atau laut mahupun mayat yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh. Terima kasih kepada Unit K9 PDRM kerana sudi datang ke sekolah kami.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...