Wednesday, March 31, 2010

Tuesday, March 30, 2010

Thursday, March 25, 2010

Wednesday, March 24, 2010

Tuesday, March 23, 2010

Friday, March 12, 2010

Thursday, March 11, 2010

Pameran Setem dan Sampul Surat Hari Pertama


Pertandingan Bola Baling MSSD Beaufort 2010


10 Mac - SMK Kota klias telah menyertai pertandingan Bola Baling peringkat daerah Beaufort. Sebanyak 8 buah sekolah telah menyertai pertandingan tersebut. SMK kota klias telah diundi dalam kumpulan A bersama dengan 3 buah sekolah lain yang mempunyai rekod dan prestasi cemerlang sebelum ini. walau bagaimanapun, dengan kegigihan para pemain disertai dengan komitment jurulatih dan pengurus serta sokongan dan kerjasama padu pihak pengurusan sekolah terutama pengetua.SMK Kota Klias sebuah sekolah kecil di kampung telah berjaya menjadi johan dalam pertandingan tersebut dengan jaringan 5-2 walaupun terpaksa berhadapan dengan sokongan pelbagai gelagat penonton tuan rumah pada peringkat akhir.

Friday, March 5, 2010

Sunday, February 28, 2010

Saturday, February 27, 2010

Keputusan STPM Sabah meningkat

KOTA KINABALU: Keputusan Peperiksaan Sijil Tinggi Malaysia (STPM) bagi tahun 2009 di Sabah yang diumumkan kelmarin menunjukkan peningkatan sebanyak 1.68 peratus iaitu 90.13 peratus berbanding tahun 2008 yang hanya 88.45 peratus.

Penurunan jumlah pelajar tidak menjejaskan peratusan kelulusan para pelajar, dicatatkan bahawa jumlah pelajar yang menduduki STPM pada tahun 2008 ialah 5,802 berbanding tahun 2009 iaitu 5,756 sahaja.

Timbalan Pengarah Sabah, Hajah Maimunah Binti Haji Suhaibul berkata antara subjek yang memperolehi peningkatan pada tahun ini adalah Seni Visual, Pengajian Am, Syariah, Sains Sukan dan Bahasa Malaysia.

Bagi tahun 2009, sebanyak 11 sekolah di Sabah telah mencapai kelulusan 100 peratus antaranya SMK Benoni Papar, SMK Kota Klias Beaufort, SMK Tengilan Tuaran, SMK Agama Mohamad Ali Ranau, SMK Tiong Hua Sandakan, SMK Keningau 11 Keningau, dan SMK Muhibbah Sandakan.

Sembilan pelajar aliran sastera yang mendapat Purata Nilai Gred Kumalatif (PNGK) yang cemerlang antaranya Norzellah Binti Asim dari SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Ivy Chia Pui Ying dari SMK Tawau, dan Muh Rasmin Bin Mohd Ramli juga dari SMK Tawau.

Manakala bagi aliran sains pula, dicatatkan seramai dua pelajar sahaja yang memperoleh Purata Nilai Gred Kumalatif (PNGK) cemerlang iaitu Stephanie Kong Yon Yee dari Sekoleh Tinggi Kota Kinabalu dan Khor Jia Hui dari SM Ken Hwa Keningau.

Pelajar cemerlang bagi calon istimewa (rabun) adalah Masmin Bin Mensih dari SMK Batu Sapi, Sandakan. Beliau Berjaya memperolehi Purata Nilai Gred Kumalatif (PNGK) sebanyak 3.17 dan menerima Anugerah cemerlang dari Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

(sumber : http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/fullstory/36404)

Friday, February 26, 2010

Pengertian Maulidur Rasul Muhammad s.a.w

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Salam Maulidur Rasul untuk semua……….

(sumber : http://efazan.wordpress.com)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...