Wednesday, July 6, 2011

Pertandingan Kawad Unit Beruniform

6 Julai - Satu pertandingan kawad antara unit beruniform telah diadakan di perkarangan sekolah. semua unit beruniform telah menghantar pasukan untuk menyertai pertandingan ini. Diantara objektif pertandingan ini diadakan adalah untuk melihat kerjasama dan disiplin diantara ahli pasukan. Pertandingan ini telah diadili oleh cikgu Sualeh dan cikgu Jamaluddin. Keputusan akan diketahui pada minggu hadapan. :)

Mesyuarat MAKES

6 Julai - Bertempat di bilik mesyuarat telah diadakan satu mesyuarat yang membincangkan pesiapan untuk Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah (MAKES) yang akan diadakan pada 14 Julai ini.

Saturday, July 2, 2011

Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan

1 murid 1 sukan, KPM, Kementerian pelajaran

Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Dasar ini selaras dengan Dasar Sukan Negara yang memberi penekanan kepada Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Dasar ini memberi perhatian yang utama kepada murid yang kurang aktif supaya mereka melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Pada masa yang sama, bakat murid yang berpotensi akan digilap dan dibangunkan melalui Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS).

Sehubungan itu, pada 2 Julai bermula 7.45 pagi telah diadakan majlis pelancaran larian serentak 1M 1S di semua negeri, daerah, sekolah, pusat matrikulasi dan IPG kampus seluruh negara.

Friday, July 1, 2011

Wednesday, June 29, 2011

Saturday, June 25, 2011

Sambutan Hari Guru PeringkatDaerah Beaufort 2011

sambutan hari guru peringkat daerah, hari guru, jayasilar A/L Muniandi
Pengetua SMK Kota Klias Menerima Anugerah Sekolah dan menerima  papan countdown PMR dan SPM sumbangan Bank Rakyat pada Perayaan Hari Guru Peringkat Daerah Beaufort 2011.
kelab muzik tradisioinal, kulintangan
Kelab Muzik Tradisional SMK Kota Klias yang membuat persembahan kulintangan pada Perayaan Hari Guru Peringkat Daerah Beaufort 2011.
Anugerah yang diterima semasa Perayaan Hari Guru Peringkat Daerah Beaufort 2011.

Thursday, June 23, 2011

Lawatan Ke Rumah Pelajar Yang Mempuyai Masalah ketidakhadiran Ke Sekolah

23 Jun 2011 - Untuk mengurangkan masalah ketidakhadiran pelajar ke sekolah, Pengetua SMKKK bersama PK Hem, Guru disiplin dan seorang Guru Penolong telah turun padang dengan pergi kerumah pelajar yang mempunyai rekod ketidakhadiran tidak memuaskan. Sebanyak 4 buah rumah telah dilawati dan bertemu dengan ibubapa/penjaga pelajar terbabit untuk mengetahui masalah yang dihadapi oleh pelajar terbabit disamping memberi sokongan dan bimbingan supaya masalah ketidakhadiran ke sekolah dapat diatasi.

Wednesday, June 22, 2011

Friday, June 17, 2011

Majlis Pengagihan Netbook 1 Malaysia

17 Jun 2011 - Majlis Pengagihan Netbook 1 Malaysia untuk pelajar-pelajar sekolah menengah peringkat Parlimen P177 beaufort kawasan Dun N25 Klias telah diadakan di dewan Masayarakat Baru Beaufort. Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM)telah mengagihan Sebanyak 1577 buah netbook 1 Malaysia melalui inisiatif jalur lebar negara(NBI) kepada pelajar yang layak dari lima buah sekolah menengah yang terlibat iaitu SMK Kota Klias, SMK Beaufort, SMK Beaufort II, SM St Paul dan SM St John. Seramai 235 pelajar SMK Kota Klias telah mendapat netbook 1 Malaysia pada majlis pengagihan ini.

Thursday, June 16, 2011

Ceramah Motivasi PTPL

16 Jun 2011 – Kolej PTPL cawangan Kota Kinabalu telah menghantar dua orang wakil untuk memberikan ceramah motivasi dan suntikan semangat untuk belajar dan mencapai kecemerlangan dalam pelajaran kepada semua pelajar SMK Kota Klias. Ini adalah kali kedua dalam tahun ini Kolej PTPL datang ke sekolah ini. Terima Kasih diucapkan kepada pihak PTPL kerana sudi datang ke SMK Kota Klias dan berkongsi ilmu dan memberi motivasi kepada pelajar sekolah ini.

Wednesday, June 15, 2011

Mesyuarat PIBG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...