Januari 2009- SMK KOTA KLIAS telah melakar sejarah yang paling bermakna pada 2009 ini apabila seramai 13 orang daripada 59 orang murid yang menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada awal Oktober tahun lalu telah memperolehi keputusan yang cemerlang. Keputusan ini amat membanggakan tenaga pengajar khasnya dan seluruh warga SMK KOTA KLIAS amnya.
Sehubungan itu, seramai 42 orang murid telah lulus dalam semua mata pelejaran dengan peratusan sebanyak 71.2%. Jumlah tersebut telah meningkat dari tahun lalu kerana jumlah yang lulus pada tahun lepas adalah seramai 37 orang sahaja bersamaan dengan 60.6%. Ini menunjukkan pertambahan sebanyak 10.6%.
Sementara itu, bilangan pelajar yang lulus sekurang-kurangnya tujuh mata pelajaran adalah seramai 47 orang bersamaan dengan 79.7%. Pada tahun lepas bilangan yang lulus sekurang-kurangnya tujuh mata pelajaran adalah seramai 50 orang bersamaan 82%. Ini menunjukkan penurunan sebanyak 2.3%. Penurunan tersebut adalah disebabkan bilangan yang lulus semua mata pelajaran telah bertambah. Berdasarkan keputusan tersebut, subjek Bahasa Melayu muncul sebagai subjek terbaik kerana seramai 22 orang pelajar telah mendapat gred A.
Dalam peperiksaan PMR kali ini, pelajar terbaik adalah Mohd Edika Ishak yang telah mendapat keputusan cemerlang dengan mendapat 8A dalam semua mata pelajaran. Pencapaian ini adalah yang terbaik kerana sebelum ini belum ada pelajar yang mendapat keputusan sedemikian. Manakala Mohd Ihsyan Nali berada di tempat kedua terbaik mendapat 5A 3B dan tempat ketiga terbaik Nordayana Yunus dengan mendapat 5A 2B 1C.
Tenaga pengajar SMK KOTA KLIAS juga turut membanting tulang untuk memastikan semua pelajar mendapat keputusan yang cemerlang dengan menjalankan pelbagai program. Antaranya ialah peperiksaan percubaan / Excel, kelas bimbingan, program pembangunan akademik, program latih tubi dan solat hajat bagi pelajar muslim.
Melalui keputusan PMR yang diperolehi ini, para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan tidak kira PMR, SPM dan STPM akan dapat meningkatkan kualiti dan kuantiti keputusan yang cemerlang pada masa akan datang. Oleh yang demikian, semua pihak termasuk murid, guru serta ibu bapa perlu menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan sebaik-baiknya agar sejajar dengan misi sekolah iaitu berada di antara tiga buah sekolah terbaik di daerah Beaufort.
0 comments:
Post a Comment