Saturday, January 31, 2009
Kejayaan Hari Ini Penentu Hari Esok
Januari 2009- SMK KOTA KLIAS telah melakar sejarah yang paling bermakna pada 2009 ini apabila seramai 13 orang daripada 59 orang murid yang menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada awal Oktober tahun lalu telah memperolehi keputusan yang cemerlang. Keputusan ini amat membanggakan tenaga pengajar khasnya dan seluruh warga SMK KOTA KLIAS amnya.
Sehubungan itu, seramai 42 orang murid telah lulus dalam semua mata pelejaran dengan peratusan sebanyak 71.2%. Jumlah tersebut telah meningkat dari tahun lalu kerana jumlah yang lulus pada tahun lepas adalah seramai 37 orang sahaja bersamaan dengan 60.6%. Ini menunjukkan pertambahan sebanyak 10.6%.
Sementara itu, bilangan pelajar yang lulus sekurang-kurangnya tujuh mata pelajaran adalah seramai 47 orang bersamaan dengan 79.7%. Pada tahun lepas bilangan yang lulus sekurang-kurangnya tujuh mata pelajaran adalah seramai 50 orang bersamaan 82%. Ini menunjukkan penurunan sebanyak 2.3%. Penurunan tersebut adalah disebabkan bilangan yang lulus semua mata pelajaran telah bertambah. Berdasarkan keputusan tersebut, subjek Bahasa Melayu muncul sebagai subjek terbaik kerana seramai 22 orang pelajar telah mendapat gred A.
Dalam peperiksaan PMR kali ini, pelajar terbaik adalah Mohd Edika Ishak yang telah mendapat keputusan cemerlang dengan mendapat 8A dalam semua mata pelajaran. Pencapaian ini adalah yang terbaik kerana sebelum ini belum ada pelajar yang mendapat keputusan sedemikian. Manakala Mohd Ihsyan Nali berada di tempat kedua terbaik mendapat 5A 3B dan tempat ketiga terbaik Nordayana Yunus dengan mendapat 5A 2B 1C.
Tenaga pengajar SMK KOTA KLIAS juga turut membanting tulang untuk memastikan semua pelajar mendapat keputusan yang cemerlang dengan menjalankan pelbagai program. Antaranya ialah peperiksaan percubaan / Excel, kelas bimbingan, program pembangunan akademik, program latih tubi dan solat hajat bagi pelajar muslim.
Melalui keputusan PMR yang diperolehi ini, para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan tidak kira PMR, SPM dan STPM akan dapat meningkatkan kualiti dan kuantiti keputusan yang cemerlang pada masa akan datang. Oleh yang demikian, semua pihak termasuk murid, guru serta ibu bapa perlu menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan sebaik-baiknya agar sejajar dengan misi sekolah iaitu berada di antara tiga buah sekolah terbaik di daerah Beaufort.
Labels: Kecemerlangan
Posted by SmkKK :- at 4:11 PM 0 comments
Sambutan DepaRaya 2008
29 Oktober 2008 - Sambutan DepaRaya telah diadakan di SMK Kota Klias sempena perayaan hari raya dan depavali. Semua guru-guru dan pelajar terlibat dalam menjayakan sambutan ini
Labels: Sambutan
Posted by SmkKK :- at 4:05 PM 0 comments
Perkhemahan ko-kurikulum 2008
SMK KOTA KLIAS, 29 OGOS – Pada jam 2.00 petang, 29 Ogos 2008, seramai kira-kira 100 orang pelajar mewakili 5 unit beruniform SMK Kota Klias iaitu Pengakap, St. John Ambulance, Persatuan Puteri Islam, Kadet Remaja Sekolah dan Kadet Bomba telah bertolak ke Kampung Linsuk ,Kuala Penyu iaitu lokasi perkhemahan bagi unit beruniform SMK Kota Klias tahun 2008.
Labels: Perkhemahan
Posted by SmkKK :- at 4:02 PM 0 comments
Wednesday, January 28, 2009
Lencana Sekolah
Maksud Simbol Lencana.
a.Suluh/ Lampu – melambangkan peri pentingnya pendidikan, samlah seperti suluh/lampu yang boleh menerangi kegelapan.
b.Alat Matematik/Sains – Peri pentingnya pelajaran sains dan akauntansi dewasa ini.
c.Gambar Sijil/Ijazah – Matlamat/ Impian semua pelajar.
d.Gambar Gunung – Melambangkan agama dan cita-cita tinggi penuntut untuk mencapai kejayaan dan kebahagiaan dunia dan akhirat.
e.Warna Merah – Melambangkan semangat penuntut yang berkobar-kobar untuk maju ke hadapan mencapai kejayaan.
f.Warna Biru – Melambangkan ketaatan serta perpaduan di kalangan warga sekolah.
g.Warna Kuning – Melambangkan kekayaan yang hanya boleh dimiliki dengan berpendidikan tinggi.
Posted by SmkKK :- at 5:10 PM 0 comments
Falsafah Sekolah
Falsafah smk
“ Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan kea rah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insane yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.
Labels: am
Posted by SmkKK :- at 12:13 PM 0 comments
Pengetua SMK Kota Klias
Asal :
Pulau Pinang
Kelulusan :
M.Sc(Mgt), B.ScEd (Hons)
Pengalaman Bertugas :
1. SMK Tun Fuad Stephens, Kiulu,
Tuaran (1985 - 1997).
2. SMK Badin Tuaran.
(1998 - 1999)
3. SM St Peter Telipok.
(2000 - 2003)
4. SMK Penangah, Telupid.
(2003 – 2008)
5. SMK Kota Klias, Beaufort
(2008 – sekarang)
Labels: pengetua
Posted by SmkKK :- at 12:06 PM 0 comments
Senarai Nama Pengetua SMK Kota Klias
Labels: am
Posted by SmkKK :- at 12:05 PM 0 comments
Ikrar Pelajar SMK Kota Klias
Bahawa kami, Pelajar SMK Kota Klias berikrar dan berjanji akan berusaha mempertingkatkan pencapaian akademik, ko-kurikulum dan disiplin sekolah, Patuh pada ajaran agama, Mentaati ibubapa dan guru, Bersatu membentuk rakyat malaysia berasaskan prinsip-prinsip rukun negara iaitu Kepercayaan kepada tuhan, Kesetiaan kepada raja dan negara, Keluhuran perlembagaan, Kedaulatan undang-undang dan Kesopanan dan kesusilaan.
Labels: ikrar Pelajar
Posted by SmkKK :- at 12:03 PM 0 comments
Watak Sekolah
• Sekolah Ceria
• Hubungan Baik Dengan
i. Pelajar
ii. Guru dan Kakitangan
iii. Ibubapa dan Masyarakat
iv. Jabatan Pelajaran
Labels: Watak Sekolah
Posted by SmkKK :- at 12:02 PM 0 comments
Sejarah SMK Kota Klias
Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Klias mula dibuka pada 1 januari 1972. Nama institusi pendidikan luar Bandar ini mengambil sempena nama lokasi ianya didirikan iaitu kampung Kota Klias. Terletak kira-kira 20 kilometer dari pekan Beaufort yang boleh dihubungi melalui jalan raya Beaufort – Menumbuk.
Amnya para pelajar yang menuntut di sekolah in datang dari persekitaran kawasan yang berhampiran dengan kampung Kota Klias iaitu Kampung Nukahan, Sibagar, Layung, Kukoro, Laba, Klias Kecil, Miang, Pilajau, Rancangan Klias, Melabau dan Takuli. Pelajar sekolah ini terdiri daripada pelbagai etnik. Bagaimanapun majoriti pelajaradalah berketurunan Bisaya dan Brunei. Rata-rata keluarga pelajar dari golongan petani dan nelayan. Terdapat sebilangan kecil yang bekerja dengan pihak kerajaan dan swasta.
Diawal penubuhan, SMK Kota Klias menumpang di bangunan SK Kota Klias dengan jumlah murid seramai 82 orang dan 3 orang guru dan seorang pengetua. Bagaimanapun berkat komitmen dan kerjasama pihak pentadbir sekolah, masyarakat dan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, situasi ini berubah dari semasa ke semasa seiring dangan kemajuan dan perubahan sistem pendidikan di negara ini.
Labels: sejarah
Posted by SmkKK :- at 11:49 AM 2 comments
Takwin Persekolahan SMKKK 2021
Warga Pendidik dan KTBM SMKKK
Siapakah diri anda?
Info Terkini
Aplikasi KPM
- Bahagian Pembangunan Kurikulum HSP
- Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS)
- ePangkat
- Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)
- Learning Management System (LMS)
- Standard Guru Malaysia (SGM)
- Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)
- Aplikas EMIS
- Aplikasi e-Operasi
- Aplikasi HRMIS
- Aplikasi NKRA
- Aplikasi e-GTukar
- Aplikasi Pusat Sumber
- Aplikasi STS
- BTPN Sabah
- EDUWEBTV
Pautan
Tags
Blog Archive
-
▼
2009
(71)
-
▼
January
(14)
- Pelajar Cemerlang PMR 2008
- Kejayaan Hari Ini Penentu Hari Esok
- Program Motivasi PMR, SPM dan STPM
- Sambutan DepaRaya 2008
- Perkhemahan ko-kurikulum 2008
- Lagu Sekolah SMKKK
- Lencana Sekolah
- Falsafah Sekolah
- Pengetua SMK Kota Klias
- Senarai Nama Pengetua SMK Kota Klias
- Ikrar Pelajar SMK Kota Klias
- Watak Sekolah
- Visi dan Misi
- Sejarah SMK Kota Klias
-
▼
January
(14)
ShoutMix
Followers
Gambar Guru n KTBM
Pautan Sekolah Daerah Beaufort
Tracking
My Blog List
-
Apple Dilaporkan Membatalkan Projek Pembangunan Kaca Mata AR Yang Dihubungkan Ke Mac - Apple kini dilaporkan telah membatalkan sebuah projek memfokuskan pembangunan kaca mata realiti-terimbuh yang dihubungkan ke peranti mereka, seperti Mac. P...8 hours ago
-
SEBUTHARGA/TENDER BAGI BEKALAN BARANG-BARANG PERKHIDMATAN KERJA-KERJA BEKALAN : MEMBEKAL DAN MENGHANTAR BAJU KORPORAT UNTUK SAMBUTAN HARI PEKERJA CUEPACS 2024 - Cuepacs 26/12/2023 *KONGRES KESATUAN PEKERJA-PEKERJA DI DALAM* *PERKHIDMATAN AWAM [CUEPACS]* *(No Pendaftaran : 195)* *SEBUTHARGA/TENDER BAGI BEKA...1 year ago
-
6 Tips To Grow Your Phone Spy App - Messages of any person you want to spy on. You will be able to check the name, number, and contact photo of the person. It Continue Reading The post 6 Ti...3 years ago
-
-
[Ditaja] Baozu M1 Smart Powerbank, 10000mAh - Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bertemu lagi kita kali ini mengenai produk *Baozu*. Sebelum itu, saya nak terima kasih banyak2 kepada *CGS TECH* keran...7 years ago
-
UPSR guna format baharu tahun depan - PUTRAJAYA 28 Sept. - Mulai tahun depan, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan dipecahkan kepada bahagian Pe...9 years ago
-
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan - MILAN 17 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, mulai tahun depan, rantau Asia Tenggara akan membentuk satu pasaran bersepadu dikenali sebagai Komuniti...10 years ago
-