Wednesday, April 13, 2011

Sambutan Ulangtahun ke-41 Kor Kadet Polis 2011

Antara gambar semasa hari Sambutan Ulangtahun Kor Kadet Polis Ke-41 Peringkat Daerah Beaufort di SMK Membakut 2.
Pasukan Kulintangan SMK Kota Klias yang telah dijemput untuk bermain kulintangan semasa Sambutan Ulangtahun Kor Kadet Polis ke-41 di SMK Membakut 2.

8 April 2011 - Pasukan Kadet Polis SMK Kota Klias telah menyertai Sambutan Ulangtahun Kor Kadet Polis ke-41 Peringkat Daerah Beaufort yang telah dilaksanakan di SMK Membakut 2. Pasukan kadet polis SMKKK telah dihantar ke tempat sambutan dengan menaiki trak polis. Acara pertandingan kawad kaki juga telah diadakan, walaupun tidak berjaya mendapat tempat, tetapi ini bukan halangan untuk mereka patah semangat untuk mengikuti pertandingan kawad kaki pada masa akan datang. SMK Kota Klias juga telah menghantar pasukan kulintangan sekolah untuk membuat persembahan pada sambutan kali ini. Tahniah diucapkan kepada pasukan ini kerana walaupun baru setahun jagung ditubuhkan ,tetapi telah berjaya membuat persembahan terbaik dan mendapat pujian dari sekolah lain Sekolah.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...