Thursday, May 26, 2011

Minggu Disiplin, Kesihatan, Anti Merokok dan AntiDadah 2011 - Hari Kedua Sesi 2 Bomba dan Penyelamat

26 Mei 2011 - Hari Kedua sesi kedua Minggu Disiplin, Kesihatan, Anti Merokok dan AntiDadah SMKKK diisi oleh slot dari Jabatan Bomba dan Penyelamat daerah beaufort yang mana seramai 3 orang wakil dari jabatan ini telah mengadakan Demostrasi memadam Kebakaran dan pemeran peralatan kereta bomba. Para pelajar dan guru diberi tunjuk ajar cara penggunaan pemadam api yang betul dan aspek-aspek keselamatan yang perlu ditekankan semasa atau sebelum berlakunya kebakaran. Setelah demostrasi selesai, diadakan pula pameran kerta bomba. para pelajar diberikan penerangan tentang kegunaan alatan yang terdapat didalam kereta bomba. Satu fakta menarik tentang kereta bomba yang datang kesekolah ialah ianya bernilai lebih rm 1 000 000 yang merangkumi kesemua peralatan yang terdapat didalamnya. :) . Terima kasih kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat daerah Beaufort kerana kesudian untuk memberi demostrasi dan pameran kepada pelajar SMK Kota Klias.

Dibawah diterangkan serba sedikit tentang Objektif Jabatan Bomba dan penyelamat.
"JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT, MALAYSIA (JBPM) mempunyai objektif untuk memberi khidmat pencegahan dan pemadaman kebakaran, menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengan aspek keselamatan dan memadam kebakaran serta menyediakan khidmat kemanusiaan yang cekap dan berkesan. Dari segi kualiti Jabatan bertekad untuk lebih cemerlang melalui inovasi dan kualiti M.S ISO 9001-2008.

Untuk memenuhi objektif tersebut antara fungsi-fungsi yang dijalankan oleh jabatan mengikut peruntukkan dibawah seksyen 5(1) & (2) di dalam akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341) seperti berikut :
1. Memadam, menentang, mencegah dan mengawal kebakaran.
2. Melindungi nyawa dan harta sekiranya berlaku kebakaran.
3. Menentukan adanya jalan keluar kebakaran, penyelengaraan dan pengawalseliaan yang sempurna.
4. Menjalankan penyiasatan tentang sebab, punca dan hal kebakaran.
5. Melaksanakan khidmat kemanusiaan termasuk perlindungan nyawa dan harta semasa berlakunya apa-apa bencana.

JBPM boleh selain daripada tugas-tugasnya dibawah subseksyen (1), melaksanakan apa-apa tugas lain yang dipertanggungjawabkan kepadanya oleh undang-undang atau sebaliknya yang diadakan oleh menteri untuk dilaksanakan."

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...