Wednesday, May 22, 2013

Program Pemantapan Sarana Ibubapa dan Sarana Sekolah


Program Pemantapan Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang mana bertujuan sebagai inisiatif untuk menyatukan setiap pihak berkepentingan termasuk ibu bapa dan masyarakat bagi melahirkan modal insan yang berkualiti global melalui sekolah. Sehubungan dengan itu pihak sekolah SMK Kota Klias pada 22 Mei 2013 telah mengadakan program tersebut untuk mendedahkan secara mendalam tentang pelan ini kepada ibubapa pelajar. Terima Kasih diucapkan kepada ibubapa yang hadir memberikan komitmen menjayakan program ini.

Ceramah telah diberikan oleh pihak pentadbiran SMK Kota Klias iaitu En Jaya Silar A/L Muniandi(Pengetua), En Azman Isa(Penolong Kanan Pentadbiran), En Jamaludin Matzin(Penolong Kanan Hal Ehwal Murid) dan juga En Sualeh Abdullah(Penolong Kanan Ko-kurikulum).

Sarana Ibu bapa mengandungi empat elemen iaitu penyediaan suasana pembelajaran di rumah, interaksi sosial dengan anak, komunikasi dengan anak dan sokongan terhadap kecemerlangan anak. Sarana Sekolah pula mempunyai enam elemen iaitu iklim sekolah, komunikasi berkesan,sokongan terhadap kejayaan murid, tanggungjawab bersama, keputusan bersama, kerjasama dengan komuniti dan kumpulan sokongan ibu bapa.

 Untuk maklumat lanjut sila KLIK DISINI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...