18 Feb 2011 - Sempena sambutan maulidur rasul 1432H, Panitia Agama Islam SMK Kota Klias telah mengadakan majlis sambutan dengan mengadakan aktiviti perarakan, ceramah, pertandingan sepanduk berdasarkan unit beruniform dan kuiz terbuka. Program bermula seawal jam 7.40 pagi dengan berselawat Nabi dan berarak dari Masjid Kg Kota Klias ke Sekolah. Seterusnya pelajar berkumpul di dewan terbuka untuk mengikuti kuiz terbuka sebelum mendengar ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh penceramah jemputan. Ceramah telah disampaikan oleh penceramah jemputan dari SMK Gadong iaitu Ustaz Ruslimi Zakaria. Majlis tamat pada jam sekitar jam 11.15 pagi. Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan majlis samada yang terlibat secara langsung ataupun tidak.
Sony Lancar 3 Walkman Premium Disadur Emas dan Menggunakan Android
-
Walkman pertama dilancarkan pada tahun 1979 dan sekaligus menjadi Sony
kuasa besar dalam dunia audio sehingga ke hari ini. Hari ini mereka.
melancarkan tig...
1 hour ago









0 comments:
Post a Comment