Sunday, December 26, 2010

Keputusan PMR 2010

Tahniah! kepada semua pelajar SMKKK yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam PMR 2010 terutamanya kepada adik Nurasikin Yahya yang telah mendapat keputusan 8A 1B. Syukur di atas kurniaan Allah S.W.T. Sekalung penghargaan juga kepada semua warga pendidik SMKKK yang telah banyak menabur ilmu dan dorongan kepada anak-anak didik SMKKK. Sesungguhnya kejayaan yang dikecapi adalah hasil usaha semua pihak dan juga kesungguhan para pelajar untuk memberikan yang terbaik buat diri sendiri, ibu bapa dan seterusnya mengharumkan nama sekolah. Teruskan berusaha kerana perjalanan masih jauh..Tahniah!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...