Wednesday, October 19, 2011

Ujian saringan Thalassemia

19 Oktober 2011- Seramai 16 orang pelajar tingkatan 6 atas SMK Kota Klias telah menjalani ujian saringan talasemia. Ujian ini telah dilakukan di bilik kesihatan SMK Kota Klias oleh beberapa orang kakitangan Klinik kesihatan Kg Kota klias.

"Talasemia adalah penyakit kecacatan darah. Talasemia merupakan keadaan yang diwarisi, iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak. Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Mereka yang mempunyai penyakit Talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka. Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah (anemia).Tisu yang ketiadaan oksigen gagal berfungsi dengan baik. Dengan itu tubuh mereka menjadi lemah, gagal berkembang dengan baik, dan mereka boleh menjadi sakit teruk."

Thursday, October 13, 2011

Wednesday, October 12, 2011

Thursday, October 6, 2011

Monday, October 3, 2011

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...