Thursday, March 31, 2011

Sunday, March 20, 2011

Saturday, March 19, 2011

PENGEMASKINIAN DATA GURU DI eOPERASI dan HRMIS ATAS TALIAN

PENGUMUMAN:
Minta kerjasama semua guru-guru SMKKK supaya dapat mengemaskini Data eOperasi dan Data HRMIS masing-masing.Sila gunakan INTERNET EXPLORER untuk mengakses Aplikasi HRMIS. Kerjasama semua guru data amat-amat diharapkan. Sekian, terima kasih.

klik gambar di bawah untuk pergi ke laman utama

Thursday, March 10, 2011

Wednesday, March 9, 2011

Ceramah Motivasi PTPL

9 Mac 2011 – Satu ceramah motivasi oleh Pusat Teknologi Pengajian Lanjutan (PTPL) untuk pelajar-pelajar tingkatan 5 dan 6 atas telah diadakan di dewan kantin SMK Kota Klias. PTPL telah menghantar dua orang wakil untuk memberikan motivasi dan suntikan semangat kepada pelajar-pelajar SMK Kota Klias yang bakal menghadapi peperiksaan SPM dan STPM pada tahun ini. Terima Kasih diucapkan kepada pihak PTPL kerana sudi berkongsi ilmu dan memberi motivasi kepada pelajar sekolah ini.

Monday, March 7, 2011

Suntikan Tetanus

Pada 4 Mac 2011 bertempat di bilik Kemahiran hidup, satu sesi suntikan anti tetanus telah dilakukan kepada semua pelajar tingkatan 3 SMK Kota Klias. Suntikan ini diberikan sebagai imunisasi badan terhadap penyakit tetanus.

Kancing gigi atau juga dikenali sebagai tetanus, mempunyai tanda-tanda seperti kekejangan otot yang menyakitkan. Ia merupakan keadaan perubatan berciri-ciri oleh pengucupan berpanjangan fiber otot kerangka. Jangkitan biasanya berlaku melalui jangkitan luka dan sering kali membabitkan cedera luka atau tusukan dalam. Ketika jangkitan berlaku, kekejangan otot berlaku pada rahang (dengan itu nama "kancing gigi") dan di tempat lain pada badan. Kancing gigi merupakan sejenis penyakit berbahaya yang boleh membawa maut dan menjadi punca utama kematian di Asia dan Afrika.

Tanda-tanda seseorang itu mendapat kancing gigi ialah kelesuan, ketegangan atau kekejangan, sukar mengunyah, otot semakin keras hingga terkancing gigi, susah tersenyum lebar, pengecutan otot yang kuat, kekejangan yang menyakitkan. Kancing gigi mengakibatkan keretakan (di tulang-tulang panjang, tulang belakang), kerenggangan tendon, kesukaran makan, kegagalan jantung dan trombosis. Kancing gigi hanya boleh dicegah melalui vaksinasi.

Ceramah Teknik Kemahiran Belajar

Pada 04 mac 2011 bersamaan hari jumaat lalu,  Unit Bimbingan & Kaunseling telah mengadakan satu Ceramah Teknik Kemahiran Belajar kepada semua murid tingkatan 5 dan tingkatan 6 atas SMK Kota Klias. Tujuan ceramah ini adalah untuk memberi pendedahan khusus dan kemahiran belajar yang betul kepada pelajar-pelajar tingkatan 5 dan 6 atas yang bakal menduduki peperiksaan SPM dan STPM pada tahun ini. Ceramah ini dikendalikan oleh guru kaunseling SMKKK iaitu cikgu Lydia. Diharap pelajar-pelajar yang mengikuti ceramah ini mendapat tips-tips yang berguna untuk mencapai teknik belajar yang berkesan. Insyaallah. Amin…

Sunday, March 6, 2011

Majlis Perpisahan Cikgu Dang kasum

Pada 1 Mac 2011 bersamaan hari selasa ,satu majlis perpisahan telah diadakan bertempat di restoran satay brunei beaufort bagi meraikan bekas guru SMKKK iaitu Cikgu Dang Kasum yang telah berpindah ke SMK Beaufort atas kenaikan pangkat. Pihak sekolah SMKKK merakamkan selamat maju jaya dan jutaan terima kasih di atas sumbangan serta bakti keringat yang telah dicurahkan kepada sekolah ini.

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Begitulah rentetan kehidupan yang akan kita lalui. Namun begitu, perjuangan hidup perlu diteruskan. Walaupun jauh dipandangan mata, tetapi nama guru-guru tetap terpahat dalam hati dan minda warga SMKKK. Ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada warga SMKKK yang telah menjayakan majlis ini.

Saturday, March 5, 2011

Karnival Nilam Peringkat Zon Selatan

Pada 22 Feb 2011. 2 Orang pelajar SMK Kota Klias telah terpilih untuk menyertai Karnival Nilam Peringkat Zon Selatan yang telah diadakan di PKG Papar. Kedua pelajar tidak pulang hampa kerana kedua mereka telah mendapat tempat ke-2 dan ke-3 dalam karnival ini. mereka ialah adik Suzilah Moi Fook dan adik Jennive John. Tahniah diucapkan.

Thursday, March 3, 2011

Program Desa@Net

3 Mac - Pada 23 Feb 2011, Perkhidmatan Desa Net mula beroperasi setelah ditangguhkan pada tahun lepas disebabkan kerja-kerja pembaikan dan pendawaian bas. Sesi pertama melibatkan 10 orang pelajar tingkatan 2 dan Sesi kedua pula melibatkan 10 orang pelajar tingkatan 4. Objektif perkhidmatan Desa Net ini ialah untuk memberi pendedahan asas tentang komputer dan cara mengendalikannya seterusnya merapatkan jurang digital diantara pelajar yang mahir komputer dan tidak. Semua aktiviti pembelajaran di adakan di dalam perpustakaan bergerak ini yang mana menempatkan 10 buah laptop dan 1 LCD.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...