Saturday, May 28, 2011

Minggu Disiplin, Kesihatan, Anti Merokok dan AntiDadah 2011 - Hari Ketiga Sesi 2 Jabatan Penjara Malaysia

27 Mei 2011 - Hari ketiga slot terakhir Minggu Disiplin, Kesihatan, Anti Merokok dan AntiDadah 2011 diisi oleh Jabatan Penjara Malaysia cawangan Kepayan yang telah memberikan ceramah berkenaan dengan pesalah dipenjara dan demonstrasi hukuman sebat Terimakasih diucapkan kepada Jabatan Penjara kerana sudi datang memberi ceramah dan demonstrasi.

Friday, May 27, 2011

Minggu Disiplin, Kesihatan, Anti Merokok dan AntiDadah 2011 - Hari Ketiga Sesi 1 Hospital Beaufort

27 Mei 2011 - Hari ketiga Minggu Disiplin, Kesihatan, Anti Merokok dan AntiDadah 2011 dimulakan dengan ceramah dari Kakitangan Hospital Beaufort dengan tajuk Pemakanan Sihat dikalangan Remaja. Ceramah ini bersesuaian dengan isu semasa yang tengah hangat diperkatakan dimedia-media masaa iaitu isu obisiti yang semakin menjadi-jadi dikalangan pelajar sekolah yang mana berkait rapat dengan faktor pemakanan pelajar. Terimakasih diucapkan kepada Hospital Beaufort kerana sudi datang memberi ceramah.

Thursday, May 26, 2011

Minggu Disiplin, Kesihatan, Anti Merokok dan AntiDadah 2011 - Hari Kedua Sesi 2 Bomba dan Penyelamat

26 Mei 2011 - Hari Kedua sesi kedua Minggu Disiplin, Kesihatan, Anti Merokok dan AntiDadah SMKKK diisi oleh slot dari Jabatan Bomba dan Penyelamat daerah beaufort yang mana seramai 3 orang wakil dari jabatan ini telah mengadakan Demostrasi memadam Kebakaran dan pemeran peralatan kereta bomba. Para pelajar dan guru diberi tunjuk ajar cara penggunaan pemadam api yang betul dan aspek-aspek keselamatan yang perlu ditekankan semasa atau sebelum berlakunya kebakaran. Setelah demostrasi selesai, diadakan pula pameran kerta bomba. para pelajar diberikan penerangan tentang kegunaan alatan yang terdapat didalam kereta bomba. Satu fakta menarik tentang kereta bomba yang datang kesekolah ialah ianya bernilai lebih rm 1 000 000 yang merangkumi kesemua peralatan yang terdapat didalamnya. :) . Terima kasih kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat daerah Beaufort kerana kesudian untuk memberi demostrasi dan pameran kepada pelajar SMK Kota Klias.

Dibawah diterangkan serba sedikit tentang Objektif Jabatan Bomba dan penyelamat.
"JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT, MALAYSIA (JBPM) mempunyai objektif untuk memberi khidmat pencegahan dan pemadaman kebakaran, menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengan aspek keselamatan dan memadam kebakaran serta menyediakan khidmat kemanusiaan yang cekap dan berkesan. Dari segi kualiti Jabatan bertekad untuk lebih cemerlang melalui inovasi dan kualiti M.S ISO 9001-2008.

Untuk memenuhi objektif tersebut antara fungsi-fungsi yang dijalankan oleh jabatan mengikut peruntukkan dibawah seksyen 5(1) & (2) di dalam akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341) seperti berikut :
1. Memadam, menentang, mencegah dan mengawal kebakaran.
2. Melindungi nyawa dan harta sekiranya berlaku kebakaran.
3. Menentukan adanya jalan keluar kebakaran, penyelengaraan dan pengawalseliaan yang sempurna.
4. Menjalankan penyiasatan tentang sebab, punca dan hal kebakaran.
5. Melaksanakan khidmat kemanusiaan termasuk perlindungan nyawa dan harta semasa berlakunya apa-apa bencana.

JBPM boleh selain daripada tugas-tugasnya dibawah subseksyen (1), melaksanakan apa-apa tugas lain yang dipertanggungjawabkan kepadanya oleh undang-undang atau sebaliknya yang diadakan oleh menteri untuk dilaksanakan."

Minggu Disiplin, Kesihatan, Anti Merokok dan AntiDadah 2011 - Hari Kedua Sesi 1 PDRM

26 Mei 2011, Hari kedua Minggu Disiplin, Kesihatan, Anti Merokok dan AntiDadah 2011 di mulakan dengan ceramah dan pameran oleh PDRM Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Beaufort. Ceramah yang diberikan oleh detektif Sarjan Jaafridin Othman ini bertajuk Masalah Dadah Negara - penguatkuasaan dan perundangan. Para pelajar didedahkan tentang peranan jabatan siasatan jenayah dan narkotik dalam membanteras kegiatan jenayah, penagihan serta pengedaran dadah dimalaysia, selain itu pelajar juga didedahkan tentang bahaya dadah terhadap orang yang terjebak aktiviti dadah. Objektif utama Jabatan Siasatan jenayah Narkotik, PDRM, ialah untuk memberi penekanan dan tumpuan khas terhadap masalah dadah dalam negara dengan menyatu dan merancang program serta aktiviti penguatkuasaan undang-undang supaya ianya dapat dilaksanakan dengan teratur dan berkesan. Jabatan Siasatan jenayah Narkotik, PDRM mempunyai bidang tugas seperti berikut:
1. Mengumpul risikkan yang berkaitan dengan pengedaran dadah
2. Menyiasat, memberkas dan mendakwa ke muka pengadilan, pengedar-pengedar dan ahli sendikit dadah
3. Menyekat penyeludupan dadah ke dalam negara, termasuk bahan-bahan kimia yang digunakan untuk memproses dadah
4. Tukar menukar maklumat risikkan dengan agensi-agensi luar negeri dan juga tempatan
5. Menyediakan latihan tempatan dan luar negeri untuk pegawai-pegawai.
6. Penguatkuasaan undang-undang bersabit dengan tahanan pencegahan
7. Menahan penagih-penagih dadah untuk tujuan rawatan dan pemulihan
8. Menyelaras dan menyelia pergerakkan dan kegiatan bekas-bekas penagih / pesalah dadah
9. Memelihara rekod, butir dan perangkaan mengenai penagihan / penyeludupan / pengedaran dan penjualan dadah.

Terima Kasih kepada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM beaufort kerana sudi hadir untuk memberi ceramah dan pendedahan tentang masalah dadah kepada pelajar-pelajar sekolah ini.

Tuesday, May 24, 2011

Minggu Disiplin, Kesihatan, Anti Merokok dan AntiDadah 2011 - Hari Pertama Sesi 2 Unit K9

Sempena Minggu Disiplin, Kesihatan, Anti Merokok dan Antidadah, satu pertunjukkan dari Unit Anjing Pengesan K9 PDRM Kota Kinabalu telah diadakan. Seramai 9 orang anggota polis bersama-sama dengan 4 ekor anjing pengesan telah mengadakan pertunjukan di Padang Sekolah. Diantara pertunjukan yang dilakukan oleh anjing K9 ini ialah mengesan dadah yang disembunyikan didalam kotak dan tanah, membuat pertunjukkan kawad dan aksi mengejar penjenayah.

Selepas sesi pertunjukkan, Satu ceramah dan sesi soal jawab telah diadakan yang mana para pelajar didedakan pelbagai maklumat tentang peranan Unit Anjing Pengesan K9 PDRM. Menurut pegawai polis yang mengendalikan program, Unit K9 ditubuhkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu polis mengesan pelbagai jenis dadah semasa operasi dilakukan, mencari bukti seperti mencari mayat yang dicampak ke dalam sungai, tasik atau laut mahupun mayat yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh. Terima kasih kepada Unit K9 PDRM kerana sudi datang ke sekolah kami.

Minggu Disiplin, Kesihatan, Anti Merokok dan AntiDadah 2011 - Hari Pertama Sesi 1 AADK

Sempena Minggu Disiplin, Kesihatan, Anti Merokok dan Antidadah, pada 24 Mei 2011 telah diadakan ceramah dan pameran berkaitan anti dadah yang telah disampaikan oleh oleh wakil dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Beaufort. Ceramah telah diadakan di dewan terbuka SMK Kota Klias dan dihadiri oleh semua pelajar dan guru SMKKK. Selain ceramah, pameran bahan bergambar serta contoh-contoh dadah turut diadakan dan telah menarik minat murid-murid serta guru-guru. Banyak informasi yang telah dikongsikan kepada semua pelajar di sekolah ini. Terima kasih kepada AADK Beaufort kerana sudi datang untuk memberi ceramah dan membuat pameran.

Minggu Disiplin, Kesihatan, Anti Merokok dan AntiDadah 2011

Monday, May 23, 2011

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2011

Pada 23 Mei 2011 bersamaan hari isnin, semua guru dan pelajar SMK Kota Klias telah mengadakan Sambutan Hari Guru Peringkat sekolah yang bertemakan "Guru Penjana Tranformasi Pendidikan Negara". Sambutan dimulakan pada seawal jam 7.30 pagi dengan dimulakan dengan aktiviti senamrobik yang melibatkan semua pelajar dan guru. Aktiviti seterusnya ialah perlawanan bola tampar diikuti dengan perlawanan bola jaring diantara guru dan pelajar. Acara sambutan diteruskan dengan acara baling belon berisi air dan acara mencari gula-gula dalam tepung yang telah dijalankan dengan suasana penuh meriah dengan gelak tawa dan pelbagai ragam guru dan pelajar. Acara diakhiri dengan acara penutupan rasmi yang mana telah dimulakan oleh bacaan doa, diikuti dengan ucapan wakil pelajar, ucapan penolong kanan pentadbiran ,ucapan pengerusi PIBG sekolah, penyampaian hadiah dan diakhiri dengan nyanyian "guru malaysia" oleh guru-guru. Pihak sekolah juga amat berbesar hati kerana Pengerusi PIBG turut serta dalam sambutan hari guru pada kali ini. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan sambutan pada kali ini.

Sunday, May 22, 2011

Karnival Kebudayaan Peringkat Negeri Sabah 2011

Pada 19-21 Mei yang lalu 2 pelajar SMK Kota Klias iaitu Adik Azeyan dan Adik Suhelmi diiringi oleh cikgu Nazri telah mengikuti Karnival Kebudayaan Sekolah Menengah dan Rendah Peringkat Negeri Sabah yang telah diadakan di SMK Likas. Karnival yang berlangsung selama 3 hari ini dibahagi kepada 3 kategori utama iaitu tarian, nyanyian solo dan kem seni visual. Pelajar SMKKK mewakili sekolah dalam kategori Kem Seni Visual yang mana diantara pengisian dalam kem ini adalah partandingan mencanting batik dan pertandingan rekacipta. Tahniah diucapkan kepada adik Azeyan Nali kerana telah memenangi tempat ketiga dalam pertandingan mencanting batik.

Wednesday, May 18, 2011

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru 2011

Guru Oh Guru ..................
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Nukilan Allahyarham SN Dato' Dr. Usman Awang

Tuesday, May 10, 2011

Minggu Sains dan Matematik SMKKK 2011


Gambar pemenang aktiviti-aktiviti yang dianjurkan semasa minggu sains dan matematik SMK Kota Klias 2011. Hadiah telah disampaikan oleh Pengetua dan Penolong kanan pentadbiran.

Wednesday, May 4, 2011

Kemasukan ke tingkatan 6 Rendah 2011

Tahniah kepada pelajar yang berjaya memasuki tingkatan 6 rendah sesi 2011/2012. Dibawah adalah senarai Pelajar tingkatan 5 SMKKK 2010 yang berjaya untuk memasuki tingkatan 6 Rendah di SMK Kota Klias sesi 2011/2012.

1. Mohd Fauzie Bin Misdin
2. Mohd Nazmi Bin Johari
3. Nadhirah Binti Lidin
4. Norizaty Binti Ahmad
5. Ruslinah Binti Matlukin
6. Stellsuzela Angkang
7. Asmiza Isuana Binti Mazni
8. Masdi Bin Awang Musri
9. Mohammad Shafie Bin Zulkipli
10. Mohd Izdiyad Bin Ab Kasim
11. Nurfitriana Afirah Binti Barahim
12. Siti Zulaikah Binti Nani
13. Armizan Bin Anak
14. Fifila Binti Jeffry
15. Hamidah Binti Musrah
16. Marllina Binti Jesus@Johari
17. Mimie Anjin
18. Mohd Hafizan Bin Tali
19. Mohd Ihsyan Bin Nali
20. Mohd Norhafiz Bin Mohd Hasim
21. Mohd Rozaihan Bin Matrasin
22. Nadiah Bin Narudin
23. Noor Mizatulakmar Binti Masrin
24. Norhaliza Binti Mohd Salleh
25. Nur Hidayah Binti Sapar
26. Siti Fairuz Binti Mokrih
27. Suhaila Binti Shahrin
28. Zubaidah Binti Abdul

Pelajar yang disenaraikan diatas diminta untuk melapor diri pada 9 Mei 2011(Isnin) jam 9.00 pagi dengan berpakaian seragam sekolah dan kemas di SMK Kota Klias. Dokumen yang diperlukan (Asal dan salinan yang disahkan) semasa pendaftaran.

     i. Surat tawaran (Muat turun disini - Semakan Tawaran Tingkatan 6 2011).
     ii. Keputusan SPM 2010
     iii. Kad Pengenalan
     iv. Sijil Kelahiran
     v. Sijil Kokurikulum Tingkatan Lima


Kepada pelajar yang tidak berjaya. Rayuan boleh dibuat ke Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing melalui pengetua sekolah asal menggunakan borang T6BKK.

Tuesday, May 3, 2011

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...