Monday, November 21, 2011

Wednesday, November 9, 2011

Kejohanan Sukan Tahunan SMK Kota Klias 2011

Sukan Tahunan Hari Pertama
Sukan Tahunan Hari Kedua
Sukan Tahunan Hari Ketiga
Sukan Tahunan Hari Keempat(Last Day)

Tuesday, November 8, 2011

Monday, November 7, 2011

Sunday, November 6, 2011

Majlis Penyerahan Wang Bantuan Zakat

Satu majlis Penyerahan Wang Bantuan Zakat telah diadakan pada 4 November 2011, bersamaan hari jumaat bertempat di kelas 6 rendah SMK Kota Klias. Seramai 96 Pelajar sekolah ini layak menerima wang zakat tersebut. Ibu, bapa atau penjaga pelajar telah dijemput hadir untuk menerima wang zakat ini. Majlis penyerahan ini telah dilakukan oleh ustaz Nasaruddin dan PK HEM En.Jamaludin. Semoga pelajar dapat memanfaatkan wang yang di terima dan seterusnya dapat membantu mereka dalam pembelajaran sekolah.

Majlis Penyerahan Bantuan KWAPM

Pada 4 November 2011,Majlis Penyerahan Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin atau lebih ringkas dikenali sebagai KWAPM telah dilakukan. Seramai 4 orang pelajar layak untuk mendapat bantuan ini. Ibu, bapa dan penjaga pelajar terbabit telah dijemput hadir untuk menerima bantuan dan seterusnya menandatangani beberapa borang yang berkaitan. Diharapkan pelajar dapat menggunakan wang tersebut untuk membantu mereka dalam pembelajaran.

Solat Hajat SPM dan STPM 2011

Saturday, November 5, 2011

Program Kem Membaca 1 Malaysia

Salam Aidiladha 1432H

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...