Saturday, July 30, 2011

Thursday, July 28, 2011

Monday, July 11, 2011

Lawatan PKG Beaufort ke Makmal Komputer SMK Kota Klias

Taklimat "MAKSAK Medical Card"

11 Julai 2011 - Beberapa orang wakil dari MAKSAK telah datang ke sekolah untuk memberi taklimat mengenai MAKSAK MEDIC CARE. MAKSAK MEDIC CARE adalah satu skim perlindungan untuk kakitangan kerajaan dengan kerjasama Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK), eTiQa Takaful BHD, Medicscreen Sdn Bhd dan Biro Potongan Angkasa.

Friday, July 8, 2011

Lawatan Ke Rumah Pelajar Yang Mempuyai Masalah ketidakhadiran Ke Sekolah 2

7 Julai 2011 - Untuk mengurangkan masalah ketidakhadiran pelajar ke sekolah, Pengetua SMKKK bersama PK 1, PK Hem, Guru disiplin dan Guru Kaunselor sekali lagi telah turun padang pergi kerumah pelajar yang mempunyai rekod ketidakhadiran tidak memuaskan. Pada lawatan kali ini, Sebanyak 5 buah rumah di Kg Rancangan Klias telah dilawati untuk bertemu dan berbincang dengan ibubapa/penjaga pelajar yang mempunyai masalah ketidakhadiran ini.

Thursday, July 7, 2011

Mesyuarat PIBG

Mesyuarat PIBG sedang berlangsung yang dipengerusikan oleh YDP PIBG SMKKK

Wednesday, July 6, 2011

Pertandingan Tenis SMKKK 2011- 2

6 Julai 2011 - Pertandingan tenis bergu guru-guru lelaki separuh akhir dan akhir telah diadakan. Johan pertandingan tenis pada kali ini telah dimenangi oleh regu Jayasilar(Pengetua) dan Rosland(PK Ting 6) setelah diberi tentangan sengit oleh pihak lawan di akhir. Tahniah diucapkan :). kepada semua yang terlibat , terima kasih diucapkan...

Pertandingan Kawad Unit Beruniform

6 Julai - Satu pertandingan kawad antara unit beruniform telah diadakan di perkarangan sekolah. semua unit beruniform telah menghantar pasukan untuk menyertai pertandingan ini. Diantara objektif pertandingan ini diadakan adalah untuk melihat kerjasama dan disiplin diantara ahli pasukan. Pertandingan ini telah diadili oleh cikgu Sualeh dan cikgu Jamaluddin. Keputusan akan diketahui pada minggu hadapan. :)

Mesyuarat MAKES

6 Julai - Bertempat di bilik mesyuarat telah diadakan satu mesyuarat yang membincangkan pesiapan untuk Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah (MAKES) yang akan diadakan pada 14 Julai ini.

Saturday, July 2, 2011

Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan

1 murid 1 sukan, KPM, Kementerian pelajaran

Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Dasar ini selaras dengan Dasar Sukan Negara yang memberi penekanan kepada Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Dasar ini memberi perhatian yang utama kepada murid yang kurang aktif supaya mereka melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Pada masa yang sama, bakat murid yang berpotensi akan digilap dan dibangunkan melalui Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS).

Sehubungan itu, pada 2 Julai bermula 7.45 pagi telah diadakan majlis pelancaran larian serentak 1M 1S di semua negeri, daerah, sekolah, pusat matrikulasi dan IPG kampus seluruh negara.

Friday, July 1, 2011

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...