Tuesday, December 25, 2012

Festival Filem Digital Pendidikan Negeri Sabah


Ahli kelab Muzik Tradisional Kulintangan SMK Kota Klias telah dijemput untuk membuat persembahan sempena Festival Filem Digital Pendidikan Negeri Sabah kali ke-04/2012 bertempat di Shangri-La's Tanjung aru Resort & spa.

Friday, December 21, 2012

Hari Anugerah Kokum Peringkat Negeri Sabah 2012


Ahli kelab Muzik Tradisional Klulintangan SMK Kota Klias telah dijemput untuk membuat persembahan sempena Hari Anugerah Kokum Peringkat Negri Sabah 2012 yang telah diadakan di Dewan Utama, Wisma Wanita Sabah.

Thursday, December 20, 2012

Projek Pembaikan Sekolah 2012

Kerja-kerja baik pulih terhadap beberapa blok bangunan di SMK Kota Klias. Wajah baru di tahun baru 2013.

Sunday, December 16, 2012

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH TAHUN 2012

KENYATAAN AKHBAR
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
PENILAIAN MENENGAH RENDAH
TAHUN 2012

 
Majlis Pengumuman Analisis Keputusan PMR 2012 akan diadakan pada hari Rabu, 19 Disember 2012 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.
Calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.
 
Untuk makluman, peperiksaan bertulis PMR 2012 telah berlangsung pada 9, 10, 11, 15 dan  16 Oktober 2012. Seramai 481,424 orang calon telah menduduki PMR  pada tahun ini di 3,560 pusat peperiksaan di seluruh negara.
 
Kementerian Pelajaran Malaysia juga memperkenalkan perkhidmatan semakan keputusan PMR melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 19 Disember 2012 dan akan ditamatkan pada 11.59 tengah malam, 25 Disember 2012. Bersama ini dilampirkan bahan promosi perkhidmatan yang dikeluarkan oleh MAMPU untuk rujukan.
 
 
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia
12 Disember 2012

Saturday, November 10, 2012

Pengambilan tertutup ahli pengakap kelana B zon Beaufort 2


PENGAMBILAN TERTUTUP AHLI PENGAKAP KELANA B ZON BEAUFORT 2

Berminat dengan aktiviti Luar? Inginkan aktiviti berpasukan tetapi masih tercari-cari? Berita baik untuk anda kerana kami berbesar hati untuk mempelawa anda menyertai Persatuan Pengakap Kelana Zon Beaufort 2.

SYARAT KELAYAKAN UNTUK MENYERTAI PASUKAN INI:
·         Berumur 17 tahun ke atas ( Lepasan SPM)
·         Terbuka kepada lelaki dan perempuan
·         Berminat dalam aktiviti kesukarelaan serta aktiviti indoor dan outdoor.

Persatuan ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat dan terbuka kepada sesiapa yang berumur 18 tahun keatas. Untuk menyertai atau sebarang pertanyaan, hubungi:

·        Mohd Anwaruddin Adli Bin Sidek
(Pemimpin Kelana B) 014 874 3542

·        Mohd Norsyafiq Rashidie Bin Abd Rashid
(Ketua Krew B) 014 852 1280

Monday, November 5, 2012

Lawatan Benchmarking PBS


Benchmarking Mengenai Pbs (Pertukaran Idea) -
Lawatan Melibatkan Pengetua, Pk1, Pk.Kokum,Kb Dan Guru Kaunseling.
-Ke Smk Gadong Pada 15 Okt 2012
-Ke Smk Weston Pada 16 Okt 2012

Friday, November 2, 2012

Thursday, November 1, 2012

Wednesday, October 31, 2012

Aktiviti Selepas PMR

Program Selepas Pmr
-17 Hingga 29 Okt 2012
-Melibatkan 65 Orang Murid Tingkatan 3
-Pelbagai Aktiviti:
i.  Pertandingan Sukan Dan Permainan (Bola Tampar Perempuan dan Bola Sepak Lelaki)
ii. Pertandingan Membuat Layang-Layang
iii.Bajuku Lawa
iv. Menara Impian
v.  Tayangan Video
vi. Sukaneka
vii.Gotong Royong.

Tuesday, October 30, 2012

Tuesday, October 16, 2012

Contoh SKT 2012 SMKKK

Klik link dibawah untuk view/download contoh dalam bentuk .docx
Download @
View/Download borang SKT

Tuesday, October 9, 2012

Taklimat Pengisian Sistem ePangkat


Taklimat Pengisian Sistem Pengurusan PBS (SPPBS)

1. Dimaklumkan bahawa semua prestasi murid (Akademik dan Non-Akademik) Tingkatan 1 2012 perlu dimasukkan ke dalam SPPBS selewat-lewatnya pada 20 Nov 2012. Selepas tarikh ini, segala kemasukan prestasi tidak boleh dilaksanakan lagi, bagi memberi laluan kepada APDM melaksanakan proses 'Naik Kelas'.

2. Data SEGAK murid mesti direkod pada tahun semasa memandangkan pelaporan BMI adalah mengikut umur.

3. Diingatkan bahawa data-data dari Pentaksiran Sekolah ini akan dicantumkan dengan data Pentaksiran Pusat dan PAJSK untuk menghasilkan pencapaian akhir di Tingkatan 3.

Oleh itu kemasukan prestasi murid dalam SPPBS sangat penting dan perlu dilaksanakan.

sumber : Laman SPPBS

Friday, October 5, 2012

Wednesday, October 3, 2012

Sunday, September 16, 2012

Friday, September 14, 2012

Wednesday, September 12, 2012

Wednesday, September 5, 2012

Wednesday, August 15, 2012

Thursday, August 9, 2012

Wednesday, July 25, 2012

Sunday, July 22, 2012

Saturday, July 21, 2012

Wednesday, July 11, 2012

Wednesday, July 4, 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...