Saturday, December 31, 2011

Terima Kasih Cikgu Rohana. . .

Bermula pada sesi persekolahan 2012 yang akan bermula pada 4/1/2012, SMK Kota Klias akan kehilangan seorang guru iaitu cikgu Rohana Maksin kerana beliau akan berpindah ke sekolah baru di semenanjung. Pihak sekolah merakamkan selamat maju jaya dan jutaan terima kasih di atas sumbangan serta bakti keringat yang telah dicurahkan kepada sekolah selama beliau berkhidmat di SMKKK. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Begitulah adat resam kehidupan yang kita lalui. Walaupun jauh dipandangan mata, tetapi suka duka pahit manis tetap terpahat dalam hati dan minda setiap warga SMKKK.

Friday, December 23, 2011

Taklimat SBPA SMKKK 2011

22 Disember 2011  Taklimat opysen SBPA dan opyen bersara 60 tahun untuk guru dan staf sokongan SMK Kota Klias telah diadakan di Bilik Mesyuarat SMK Kota Klias bermula pada jam 8.00 pagi. Taklimat ini telah disampaikan oleh Pengetua SMK Kota Klias iaitu En.Jaya Silar A/L Muniandi. Guru-guru dan staf sokongan diberi masa untuk menyemak, meneliti dan membuat keputusan sama ada menerima atau menolok opsyen SBPA dan juga opsyen pencen 60 tahun.

Wednesday, December 21, 2011

Persembahan Kulintangan SMKKK pada Festival Filem Digital Pendidikan Negeri Sabah

Pada 18 Nov 2011 bertempat di Hotel Hyatt Regency Kinabalu. Kumpulan Kulintangan SMK Kota Klias yang dianggotai oleh 6 orang pelajar telah di jemput untuk mengadakan persembahan kulitangan di Festival Filem Digital Pendidikan Negeri Sabah Kali Ke-3 tahun 2011.

Tuesday, December 20, 2011

Keputusan PMR Tahun 2011

KENYATAAN AKHBAR
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH TAHUN 2011

Majlis Pengumuman Analisis Keputusan PMR 2011 akan diadakan pada hari Khamis, 22 Disember 2011 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.

Calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.

Untuk makluman, peperiksaan bertulis PMR 2011 telah berlangsung pada 4, 5, 6, 10 dan 11 Oktober 2011. Seramai 481,292 orang calon telah menduduki PMR pada tahun ini di 3,521 pusat peperiksaan di seluruh negara. Mulai tahun ini juga Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan perkhidmatan semakan keputusan PMR melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 22 Disember 2011 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 28 Disember 2011. Bersama ini dilampirkan bahan promosi perkhidmatan yang dikeluarkan oleh MAMPU untuk rujukan.


Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia
20 Disember 2011

SUMBER: LAMAN RASMI KPM

Saturday, December 17, 2011

Download Borang opysen SBPA


P/S Kepada Guru-guru SMKKK: Sila download borang opysen SBPA dan Pencen di Portal JPA atau KPM (Klik gambar diatas). Lengkapkan LAMPIRAN F untuk Pencen dan semua LAMPIRAN SURAT TAWARAN, OPYSEN SBPA, Surat AKU TERIMA dll dan hantar di pejabat Sekolah (Pn.Rukijah/Aghamali) pada atau SEBELUM 23 DISEMBER 2011. Tidak Boleh Taip. -Pengetua SMKKK- :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...