Friday, April 29, 2011

Pertandingan Pantun Daerah Beaufort 2011


Pada 28 April yang lepas. seramai 6 orang pemantun dari SMKKK telah mengikuti pertandingan pantun peringkat daerah beaufort yang telah diadakan di SMK Membakut 2. Walaupun tidak memenangi pertandingan tersebut, tetapi pelajar yang terlibat dapat menimba ilmu dan menambah pengalaman baru dalam bidang ini. Diharapkan pada masa depan pasukan pemantun dari SMKKK dapat memenangi pertandingan pantun yang diadakan.

Wednesday, April 27, 2011

Perhimpunan 26 April 2011


Sebahagian Pelajar yang memenangi kuiz dan peraduan dalam Minggu Bahasa SMKKK 2011 menerima hadiah dan sijil penghargaan.


Pasukan tenis SMKKK menerima sijil penghargaan daripada pihak sekolah yang telah disampaikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran SMKKK iaitu En.Azman Isa.

Monday, April 25, 2011

Sijil Penghargaan Kepada Guru

Sebahagian gambar guru-guru yang sempat diambil semasa menerima sijil penghargaan dari pihak sekolah kerana telah  berjaya menaikan peratus, gred purata dan KPI dalam peperiksaan SPM dan STPM 2010. Sijil penghargaan telah disampaikan oleh pengetua SMKKK iaitu En. Jayasilar A/L Muniandi. Untuk senarai penuh guru-guru yang telah berjaya meningkatkan peratus, gred purata dan KPI dalam SPM dan STPM 2010 bolehlah memuat turun pautan dibawah. Sekian.....

Muat Turun Senarai Nama Guru Yang Berjaya Meningkatkan Peratus, Gred Purata dan KPI dalam SPM dan STPM 2010

Saturday, April 23, 2011

Program Kesihatan - Pemeriksaan Gigi

SMK Kota Klias- Bertempat di SMKKK, beberapa orang wakil dari kesihatan telah menlaksanakan program kesihatan gigi di sekolah ini yang telah mengambil masa selama hampir dua minggu. Program percuma yang diadakan setiap tahun ini bertujuan memastikan kesihatan gigi pelajar-pelajar sentiasa terjaga dan bersih.  Kelas 4 Dalton telah dijadikan pusat pemeriksaan sementara bagi pegawai-pegawai kesihatan ini menjalankan tugas mereka memandangkan blok bangunan baru yang mempunyai bilik khas untuk tujuan kesihatan belum boleh digunakan lagi.

Wednesday, April 20, 2011

Kejohanan Tenis MSSD Beaufort

Pada 18 dan 19 April 2011, Kejohanan tenis peringkat daerah beaufort telah berjaya diadakan dengan jayanya. Bagi kategori lelaki dan perempuan bawah 18 tahun, kejohanan telah dilakukan di gelangang tenis SMK Kota Klias . Manakala bagi kategori lelaki bawah 15 tahun, gelanggang tenis Beaufort telah dipilih untuk digunakan. Tahniah diucapkan kepada pasukan tenis SMK Kota klias kerana telah berjaya mendapat tempat pertama secara keseluruhan. Dibawah adalah maklumat lanjut tentang pencapaian yang diperolehi oleh pasukan SMK Kota Klias pada kejohanan kali ini.
1. Tempat Pertama - Bergu Lelaki Bawah 18 Tahun
2. Tempat Pertama - Perseorangan Perempuan Bawah 18 Tahun
3. Tempat Pertama - Bergu Perempuan Bawah 18 Tahun
4. Tempat Pertama - Perseorangan Lelaki Bawah 15 Tahun
5. Tempat Kedua - Perseorangan Lelaki Bawah 18 Tahun

Sunday, April 17, 2011

Penyerahan Sumbangan Buku Kepada PSS SMKKK

Penyerahan sumbangan buku untuk pusat sumber sekolah dilakukan oleh penulis buku sendiri iaitu En.Jasni Matlani. Buku-buku disumbangkan oleh Y.B Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin

Friday, April 15, 2011

Kejohanan Bola Baling MSSD Beaufort 2011

Pasukan Bola Baling SMK Kota Klias yang telah menyertai pertandingan bola baling MSSD Beaufort 2011. Pasukan SMK Kota Klias telah mendapat tempat ketiga pada kejohanan kali ini.

Thursday, April 14, 2011

Perlawanan Persahabatan Tenis 2

Perhimpunan 12 April 2011

Penerima Sijil penghargaan kerana mewakili sekolah dalam sukan sepak takraw. Tahniah

Penerima Sijil penghargaan kerana mewakili sekolah dalam sukan lempar cakera, Tahniah

Penerima Sijil penghargaan kerana mewakili sekolah dalam pertandingan debat peringkat daerah beaufort dan mendapat tempat ke 2. Tahniah diucapkan

Wednesday, April 13, 2011

Sambutan Ulangtahun ke-41 Kor Kadet Polis 2011

Antara gambar semasa hari Sambutan Ulangtahun Kor Kadet Polis Ke-41 Peringkat Daerah Beaufort di SMK Membakut 2.
Pasukan Kulintangan SMK Kota Klias yang telah dijemput untuk bermain kulintangan semasa Sambutan Ulangtahun Kor Kadet Polis ke-41 di SMK Membakut 2.

8 April 2011 - Pasukan Kadet Polis SMK Kota Klias telah menyertai Sambutan Ulangtahun Kor Kadet Polis ke-41 Peringkat Daerah Beaufort yang telah dilaksanakan di SMK Membakut 2. Pasukan kadet polis SMKKK telah dihantar ke tempat sambutan dengan menaiki trak polis. Acara pertandingan kawad kaki juga telah diadakan, walaupun tidak berjaya mendapat tempat, tetapi ini bukan halangan untuk mereka patah semangat untuk mengikuti pertandingan kawad kaki pada masa akan datang. SMK Kota Klias juga telah menghantar pasukan kulintangan sekolah untuk membuat persembahan pada sambutan kali ini. Tahniah diucapkan kepada pasukan ini kerana walaupun baru setahun jagung ditubuhkan ,tetapi telah berjaya membuat persembahan terbaik dan mendapat pujian dari sekolah lain Sekolah.

Sunday, April 10, 2011

Thursday, April 7, 2011

Pencarian Bakat Pelajar Pintar Cerdas

Kepada semua pelajar tingkatan 1, 2 dan 3 SMK Kota Klias. Pencarian Bakat Pelajar Pintar Cergas Saringan pertama ujian dalam talian UKM1 (Ujian Secara Online) boleh dilakukan pada laman Permata Pintar di www.permatapintar.edu.my . Tarikh terakhir melakukan ujian ini ialah pada 30 April 2011. Kepada yang berminat dan ingin mengetahui tahap kecergasan anda, jangan lupa untuk mengambil ujian percuma ini.
ikuti langkah-langkah di bawah untuk mendaftar dan memulakan ujian. Tiada had masa diperuntukan untuk menjawab ujian ini. Untuk maklumat lanjut sila pergi ke laman utama Permata Pintar. Sekian terima kasih

Wednesday, April 6, 2011

Laman Blog Pusat Sumber SMK Kota Klias

Tahniah diucapkan Kepada Unit Pusat Sumber Smk Kota Klias kerana telah berjaya menghasilkan laman blog pusat sumber sendiri.

Permohanan Sistem e-GTukar Sesi Jun 2011 Dibuka

Klik Gambar Untuk Pergi Ke Laman Utama e-GTukar
Pemberitahuan

1. Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian/Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi Pertukaran Jun 2011 untuk guru DGA 29, DG 41, DG 32 (KUP) dan DG 44 (KUP) melalui e-GTukar akan dibuka mulai 1 -  22 April 2011.
2. Keputusan Permohonan Pertukaran Guru Jun 2011 dijangka dikeluarkan mulai 25 Mei 2011.
3. Sila ambil maklum bahawa tiada peruntukan disediakan bagi tuntutan elaun pertukaran untuk sesi Jun 2011.
4. Sila semak dan kemaskini maklumat anda melalui guru PK1 dengan segera sebelum sesi pertukaran bermula.

Untuk Maklumat Lanjut sila layari laman rasmi e-GTukar di http://apps.moe.gov.my/epgo/
Sekian dimaklumkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...