Tuesday, February 22, 2011

Kejohanan Bola Sepak MSSD Beaufort 18TKB

Pada 21 dan 22 Feb 2011 bertempat di Padang SK Rancangan Klias kejohanan bola sepak MSSD beaufort bawah 18 tahun telah diadakan di mana SMK Kota Klias adalah penganjur pada kejohanan kali ini. Sebanyak 9 buah sekolah menengah di daerah beaufort telah menghantar pasukan terbaik mereka untuk berentap dalam kejohanan kali ini.

Kejohanan yang berlangsung selama 2 hari ini berkesudahan dengan kemenangan diraih oleh pasukan dari SM Vokasional Beaufort dan tempat kedua diraih oleh pasukan dari SM St john. Walaupun pasukan SMK Kota Klias tidak dapat menjuarai kejohanan kali ini, tetapi mereka telah memberi saingan yang terbaik dan tidak mematahkan semangat mereka untuk mencuba pada kejohanan akan datang.

Monday, February 21, 2011

Kejohanan Bola Sepak MSSD Beaufort 15TKB

Pada 21 Feb 2011 telah berlangung kejohanan bola sepak MSSD Beaufort bawah 15 tahun yang diadakan di Padang SMK Kota Klias dimana SMK Kota Klias adalah selaku pengajur kejohanan kali ini. Kejohanan ini telah disertai oleh 5 buah sekolah menengah daerah beaufort.

Kejohanan pada kali ini berlangsung dengan jayanya dimana berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada pasukan dari SMK Beaufort 1 dan pasukan SMK Kota Klias selaku tuan rumah terpaksa akur ditempat kedua. Beberapa orang pelajar sekolah ini telah terpilih untuk mewakili daerah beaufort untuk ke kejohanan peringkat zon pada 2 Mac ini. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan kejohanan kali ini.

Friday, February 18, 2011

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah 2011

18 Feb 2011 - Sempena sambutan maulidur rasul 1432H, Panitia Agama Islam SMK Kota Klias telah mengadakan majlis sambutan dengan mengadakan aktiviti perarakan, ceramah, pertandingan sepanduk berdasarkan unit beruniform dan kuiz terbuka. Program bermula seawal jam 7.40 pagi dengan berselawat Nabi dan berarak dari Masjid Kg Kota Klias ke Sekolah. Seterusnya pelajar berkumpul di dewan terbuka untuk mengikuti kuiz terbuka sebelum mendengar ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh penceramah jemputan. Ceramah telah disampaikan oleh penceramah jemputan dari SMK Gadong iaitu Ustaz Ruslimi Zakaria. Majlis tamat pada jam sekitar jam 11.15 pagi. Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan majlis samada yang terlibat secara langsung ataupun tidak.

Thursday, February 17, 2011

Garis Padang Untuk Kejohanan Bola Sepak MSSD Beaufort


Mesyuarat Bola Sepak MSSD Beaufort 2011


16 Feb 2011 - Mesyuarat Kejohanan Bola Sepak MSSD telah diadakan di SMK Kota Klias selaku tuan rumah untuk kejohanan kali ini. 2 kategori akan di pertandingkan iaitu bawah 15 tahun dan bawah 18 tahun. Sebanyak 5 sekolah menghantar pasukan untuk bertanding pada kategori bawah 15 tahun manakala 9 buah sekolah menghantar pasukan untuk kategori bawah 18 tahun. berikut adalah senarai sekolah mengikut kumpulan yang telah dipersetujui  dalam mesyuarat dan juga jadual perlawanan. Muat Turun Jadual Pelawanan Bola Sepak MSSD Beaufort 2011 : Klik DI SINI

KEJOHANAN BOLA SEPAK MSSD BEAUFORT 2011

Kategori 15 tahun ke bawah
Tarikh : 21 Februari 2011 (Isnin)
Masa : 8.00 pagi - 5.00 Petang
Tempat : Padang SMK Kota Klias


SENARAI KUMPULAN 15 TAHUN KE BAWAH
KUMPULAN A
KUMPULAN B
A1 SMK BEAUFORT
B1 SMK BEAUFORT II
A2 SMK GADONG
B2 SMK KOTA KLIAS
A3 SM ST PAUL


JADUAL PERLAWANAN
PERLAWANAN
MASA
A1 SMK BEAUFORT vs A2 SMK GADONG
8.00-9.00 am
B1 SMK BEAUFORT II vs B2 SMK KOTA KLIAS
9.00 – 10.00 am
A3 SM ST PAUL vs A1 SMK BEAUFORT
10.00-11.00 am
A2 SMK GADONG vs A3 SM ST PAUL
2.00-3.00 pm
PERLAWANAN AKHIR
(JOHAN KUMP A vs JOHAN KUMP. B )
4.00-5.00 pm

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kategori 18 tahun ke bawah
Tarikh : 21 dan 22 Feb 2011 (Isnin dan Selasa)
Masa : 8.00 pagi - 5.00 Petang
Tempat : Padang SK Rancangan Klias


SENARAI KUMPULAN KATEGORI 18 TAHUN KE BAWAH
KUMPULAN A
KUMPULAN B
A1 SM ST PAUL
B1 SMK BEAUFORT II
A2 SMK KOTA KLIAS
B2 SM VOKASIONAL
A3 SMK BEAUFORT
B3 SMK MEMBAKUT
A4 SM ST PATRICK
B4 SMK GADONG
A5 SMK MEMBAKUT II


JADUAL PERLAWANAN
HARI PERTAMA 21 Februari 2011
PERLAWANAN
MASA
A1 SM ST PAUL vs A2 SMK KOTA KLIAS
8.00-9.00 am
SMK BEAUFORT II vs SM VOKASIONAL
9.00 – 10.00 am
SMK BEAUFORT vs SM ST PATRICK
10.00 -11.00 pm
B3 SMK MEMBAKUT vs B4 SMK GADONG
11.00 – 12.00 pm
A5 SMK MEMBAKUT II vs A1 SM ST PAUL
12.00-1.00 pm
B2 SM VOKASIONAL vs SMK MEMBAKUT
2.00 -3.00 pm
A2 SMK KOTA KLIAS vs A3 SMK BEAUFORT
3.00 -4.00 pm
B4 SMK GADONG VS B1 SMK BEAUFORT II
4.00 – 5.00 pm
A4 SM ST PATRICK vs A5 SMK MEMBAKUT II
5.00 – 6.00 pm

HARI KEDUA 22 Februari 2011
PERLAWANAN
MASA
B1 SMK BEAUFORT II vs B3 SMK MEMBAKUT
8.00-9.00 pm
A1 SM ST PAUL vs A3 SMK BEAUFORT
9.00-10.00 pm
B2 SM VOKASIONAL vs B4 SMK GADONG
10.00-11.00 am
A5 SMK MEMBAKUT II vs A2 SMK KOTA KLIAS
11.00-12.00 pm
A4 SM ST PATRICK vs A1 SM ST PAUL
12.00 -1.00 pm
A3 SMK BEAUFORT vs A5 SMK MEMBAKUT II
2.00-3.00 pm
A2 SMK KOTA KLIAS vs A4 SM ST PATRICK
3.00-4.00 pm
PERLAWANAN AKHIR 
(JOHAN KUMP. A vs JOHAN KUMP. B)
4.00-5.00 pm

Muat Turun Jadual Pelawanan Bola Sepak MSSD Beaufort 2011 : Klik DI SINI

Kursus Kepimpinan Untuk Pengerusi-Pengerusi Ko-Kurikulum

16 Feb 2011 - Unit Bimbingan dan kaunseling menjalankan satu program Kepimpinan KO-Kurikulum. Program ini dijalankan di Makmal komputer SMKKK . Peserta yang terlibat terdiri daripada pengerusi unit-unit beruniform, pengerusi kelab dan persatuan dan pengerusi sukan dan permainan. Kursus ini diadakan untuk memberi pendedahan awal kepada bakal pemimpin untuk bergiat lebih aktif dan mengetahui lebih jelas tentang fungsi dan tugas seorang pemimpin.Selain itu kursus ini jugak diharap dapat membentuk sikap pelajar supaya lebih bertanggungjawab dan berkualiti dalam memegang sesuatu jawatan di sekolah.

Monday, February 14, 2011

Salam Maulidur Rasul


PERUTUSAN Y.A.B. PERDANA MENTERI MALAYSIA SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2011

PERUTUSAN Y.A.B. PERDANA MENTERI MALAYSIA
SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1432 HIJRAH
PADA 12 RABIULAWAL 1432H BERSAMAAN 15 FEBRUARI 2011
Assalamu ‘alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, 1Ummah; Saudara dan saudari sekalian,
  1. Saya sangat bersyukur, dengan izin dan inayah Allah SWT, kita masih lagi dapat meneruskan tradisi murni masyarakat kita, iaitu mengadakan sambutan Maulidur Rasul SAW setiap menjelang Rabiulawal saban tahun. Kelahiran baginda Rasulullah SAW merupakan satu detik istimewa yang amat bermakna buat umat Islam. Maka pada tanggal 12 Rabiulawal 1432 Hijriah ini, bersamaan dengan 15 Februari 2011 Masehi, sekali lagi kita meraikan sambutan yang penuh barakah ini.
  2. Sesungguhnya, keistimewaan sambutan Maulidur Rasul ini amat berkait rapat dengan keunggulan dan kemuliaan baginda Rasulullah SAW. Menerusi al-Quran, Allah SWT sendiri merakamkan bahawa diri Rasulullah SAW itu adalah ‘cahaya’;. Inilah cahaya yang telah menerangi Kebenaran. Melalui ‘cahaya’ baginda SAW ini, Allah telah zahirkan agama Islam sebagai petunjuk buat kebahagian manusia sejagat. Allah SWT berfirman di dalam surah al-Maidah ayat ke-15, yang maksudnya:
  3. “Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya.”
  1. Begitulah, apa yang dinyatakan oleh ayat al-Quran ini telah dibuktikan dan disaksikan oleh sejarah. Sirah gemilang Rasulullah SAW tidak dapat dinafikan oleh sesiapapun. Sepanjang sejarah ketamadunan manusia, tidak ada insan sehebat dan sebegitu istimewa seperti Rasulullah SAW. Jika kekaguman ini diungkap dan diluahkan oleh tokoh-tokoh daripada kalangan umat Islam, ini sudah tentu tidaklah begitu menghairankan. Namun apa yang terjadi, seluruh para sejarahwan yang ikhlas, mengakui dan menakjubi fakta emas ini.
  2. Bertepatan dengan tema Maulidur Rasul pada tahun ini iaitu ’1Malaysia, 1Ummah’; sudah tentulah Rasulullah SAW sebagai ikon terbaik semua umat manusia, maka sirah Rasulullah SAW telah membuktikan bahawa baginda amat mengutamakan perpaduan antara umat yang berbilang kaum dan agama di Madinah. Iktibar ini dilaksanakan di negara kita melalui penghayatan ’1Malaysia, 1Ummah’.
  3. Justeru, kekuatan berpaksikan perpaduan inilah yang menjadi rencah utama membawa transformasi murni kepada umat Islam di negara ini. Mesej ini perlu dihayati dan disebarkan kepada seluruh dunia Islam. Dalam era globalisasi ini, apa sahaja krisis yang berlaku di negara lain, akan dirasai impaknya oleh negara kita. Lihat sahaja, apa yang terjadi di Mesir, telah turut memberi kesan langsung kepada 11,000 orang pelajar dan rakyat kita di sana. Bagi memastikan aset muda dan bakal pewaris negara ini selamat, kerajaan telah menjalankan misi menyelamat dengan pantas dan berkesan.
  4. Meskipun berhadapan dengan pelbagai cabaran dan halangan, namun usaha membawa rakyat Malaysia keluar daripada Mesir tetap diteruskan. Tetapi malangnya, terdapat segelintir pihak yang cuba mempolitikkan misi yang murni ini. Namun ianya tidak menjadi halangan untuk kita meneruskan misi tersebut kerana yang pentingnya ialah memastikan keselamatan warga Malaysia di sana. Misi nasional ini turut mendapat dukungan pihak swasta, rakyat dan pihak negara Mesir serta Arab Saudi dengan satu semangat kerjasama yang amat tinggi. Inilah ajaran Islam yang sinarannya bersumber daripada cahaya yang diutus oleh Allah SWT, iaitu baginda Rasulullah SAW.
  5. Marilah kita jadikan sambutan yang penuh keberkatan ini sebagai pemangkin untuk kita terus melonjakkan transformasi negara secara holistik dalam semua bidang bagi melahirkan kekuatan 1Ummah yang progresif. Sebagaimana Rasulullah SAW merupakan insan yang hebat, maka kita juga perlu menjadi umat yang hebat. Saya mendoakan, agar sambutan Maulid Rasulullah SAW kali ini, benar-benar menggerakkan kita untuk berjuang mencapai hasanah di dunia dan di akhirat, sebagaimana yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW. Insya Allah.
Sekian. Wabillahit Taufik wal Hidayah. Wassalamu ‘alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh.

sumber :www.1malaysia.com.my

Thursday, February 10, 2011

Suntikan imunisasi Human Papillomavirus (HPV)

10 Feb 2011 - Suntikan imunisasi Human Papillomavirus (HPV) secara percuma yang dipercayai dapat mengurangkan 75 peratus kes barah pangkal rahim telah diberikan kepada pelajar tingkatan 1 dan 2 SMK Kota Klias. Sebelum suntikan dilakukan, pihak klinik kesihatan Kg Kota Klias telah mengadakan taklimat berkenaan HPV yang bertujuan memberi kesedaran kepada para pelajar perempuan tentang bahayanya Kanser rahim dan pentingnya pencegahan awal iaitu melalui suntikan HPV. Suntikan ini akan diberikan sebanyak 3 kali dalam tempoh 6 bulan. Maklumat lanjut boleh dirujuk melalui laman web Kementerian Kesihatan Malaysia di URL http://www.myhealth.gov.my

Tuesday, February 1, 2011

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...