Tuesday, February 10, 2009

Kejohanan Sukan Sekolah 3

Uranus, Juara baru MSS SMK Kota Klias .

10 Februari- MSS SMK Kota Klias dijalankan pada 10 hingga 12 Februari. Kemeriahan sukan tidak terjejas walaupun keadaan padang yang agak licin. Usaha Rumah Uranus yang diterajui oleh Cikgu Afzanih Latip , Cikgu Rosland, Cikgu Radziah, Hjh. Noridah, Cikgu Nordin dan Ustaz Nurul berbaloi apabila Uranus muncul Juara. Naib juara digondol Rumah Zuhrah, ketiga pula Rumah Musytari dan Rumah Neptune tempat keempat. Sharol Hadi dan Mohd.Hafizul Izwan Junaili dinobatkan sebagai olahragawan sekolah. Manakala olahragawati sekolah pula disandang oleh Marlina Jesus dan Liana Johny. Majlis Perasmian penutupan dilakukan Oleh Tuan Pengetua iaitu En. Jaya Silar a/l Muniandi.


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...