Tuesday, February 24, 2009

Ceramah JAHEINS


24 Feb- PIBG SMK Kota Klias telah menganjurkan yang bertajuk “Membina Jati Diri Remaja Cemerlang”. Ceramah disampaikan oleh Ustaz Jalin dari JAHEINS Beaufort . Kota Klias. Turut hadir pada hari tersebut ialah Yang diPertua PIBG, Encik Mursidi Wasli dan beberapa orang AJK PUBG.




Thursday, February 19, 2009

Kejohanan Sukan Olahraga Tahunan Peringkat Daerah Beaufort 2009

MSSD

19 Feb- Sekolah telah menyertai sukan peringkat daerah yang berlangsung di SMK Gadong pada 19 hingga 22 Februari 2009. Hanya satu pingat emas yang dikutip oleh peserta yang mewakili sekolah. Pingat emas tersebut disumbang daripada acara lompat tinggi perempuan B iaitu adik Norshamirah Abd. Rahim.





Tuesday, February 10, 2009

Sukan Sekolah




Sukan Sekolah 2




Kejohanan Sukan Sekolah 3

Uranus, Juara baru MSS SMK Kota Klias .

10 Februari- MSS SMK Kota Klias dijalankan pada 10 hingga 12 Februari. Kemeriahan sukan tidak terjejas walaupun keadaan padang yang agak licin. Usaha Rumah Uranus yang diterajui oleh Cikgu Afzanih Latip , Cikgu Rosland, Cikgu Radziah, Hjh. Noridah, Cikgu Nordin dan Ustaz Nurul berbaloi apabila Uranus muncul Juara. Naib juara digondol Rumah Zuhrah, ketiga pula Rumah Musytari dan Rumah Neptune tempat keempat. Sharol Hadi dan Mohd.Hafizul Izwan Junaili dinobatkan sebagai olahragawan sekolah. Manakala olahragawati sekolah pula disandang oleh Marlina Jesus dan Liana Johny. Majlis Perasmian penutupan dilakukan Oleh Tuan Pengetua iaitu En. Jaya Silar a/l Muniandi.


Saturday, February 7, 2009

Kejohanan Sepak Takraw Peringkat Daerah

Trio sepak takraw SMK Kota Klias Juara.

SMK Kota Klias telah menjadi tuan rumah bagi kejohanan sepak takraw bagi peringkat dearah. Aktiviti ini dijalankan di Dewan Sri Pertayu, Kota Klias. Wakil sekolah telah memenangi acara ini dan layak ke peringkat seterusnya yang diadakan di Kuala Penyu. Setelah menyertai acara tersebut, sebilangan wakil SMK Kota Klias telah layak untuk menyertai acara sepak takraw di peringkat negeri yang dijalankan di Kota Belud. Pelajar yang berjaya ke peringkat negeri ialah Mohd.Ikhbal Hafiz, Khairul Telepudin, Abdul Aziz Zulkipli dan Shafie Zulkipli.




Friday, February 6, 2009

Sunday, February 1, 2009

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...