Thursday, May 26, 2011

Minggu Disiplin, Kesihatan, Anti Merokok dan AntiDadah 2011 - Hari Kedua Sesi 1 PDRM

26 Mei 2011, Hari kedua Minggu Disiplin, Kesihatan, Anti Merokok dan AntiDadah 2011 di mulakan dengan ceramah dan pameran oleh PDRM Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Beaufort. Ceramah yang diberikan oleh detektif Sarjan Jaafridin Othman ini bertajuk Masalah Dadah Negara - penguatkuasaan dan perundangan. Para pelajar didedahkan tentang peranan jabatan siasatan jenayah dan narkotik dalam membanteras kegiatan jenayah, penagihan serta pengedaran dadah dimalaysia, selain itu pelajar juga didedahkan tentang bahaya dadah terhadap orang yang terjebak aktiviti dadah. Objektif utama Jabatan Siasatan jenayah Narkotik, PDRM, ialah untuk memberi penekanan dan tumpuan khas terhadap masalah dadah dalam negara dengan menyatu dan merancang program serta aktiviti penguatkuasaan undang-undang supaya ianya dapat dilaksanakan dengan teratur dan berkesan. Jabatan Siasatan jenayah Narkotik, PDRM mempunyai bidang tugas seperti berikut:
1. Mengumpul risikkan yang berkaitan dengan pengedaran dadah
2. Menyiasat, memberkas dan mendakwa ke muka pengadilan, pengedar-pengedar dan ahli sendikit dadah
3. Menyekat penyeludupan dadah ke dalam negara, termasuk bahan-bahan kimia yang digunakan untuk memproses dadah
4. Tukar menukar maklumat risikkan dengan agensi-agensi luar negeri dan juga tempatan
5. Menyediakan latihan tempatan dan luar negeri untuk pegawai-pegawai.
6. Penguatkuasaan undang-undang bersabit dengan tahanan pencegahan
7. Menahan penagih-penagih dadah untuk tujuan rawatan dan pemulihan
8. Menyelaras dan menyelia pergerakkan dan kegiatan bekas-bekas penagih / pesalah dadah
9. Memelihara rekod, butir dan perangkaan mengenai penagihan / penyeludupan / pengedaran dan penjualan dadah.

Terima Kasih kepada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM beaufort kerana sudi hadir untuk memberi ceramah dan pendedahan tentang masalah dadah kepada pelajar-pelajar sekolah ini.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...