Saturday, December 31, 2011

Terima Kasih Cikgu Rohana. . .

Bermula pada sesi persekolahan 2012 yang akan bermula pada 4/1/2012, SMK Kota Klias akan kehilangan seorang guru iaitu cikgu Rohana Maksin kerana beliau akan berpindah ke sekolah baru di semenanjung. Pihak sekolah merakamkan selamat maju jaya dan jutaan terima kasih di atas sumbangan serta bakti keringat yang telah dicurahkan kepada sekolah selama beliau berkhidmat di SMKKK. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Begitulah adat resam kehidupan yang kita lalui. Walaupun jauh dipandangan mata, tetapi suka duka pahit manis tetap terpahat dalam hati dan minda setiap warga SMKKK.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...