Tuesday, October 9, 2012

Taklimat Pengisian Sistem Pengurusan PBS (SPPBS)

1. Dimaklumkan bahawa semua prestasi murid (Akademik dan Non-Akademik) Tingkatan 1 2012 perlu dimasukkan ke dalam SPPBS selewat-lewatnya pada 20 Nov 2012. Selepas tarikh ini, segala kemasukan prestasi tidak boleh dilaksanakan lagi, bagi memberi laluan kepada APDM melaksanakan proses 'Naik Kelas'.

2. Data SEGAK murid mesti direkod pada tahun semasa memandangkan pelaporan BMI adalah mengikut umur.

3. Diingatkan bahawa data-data dari Pentaksiran Sekolah ini akan dicantumkan dengan data Pentaksiran Pusat dan PAJSK untuk menghasilkan pencapaian akhir di Tingkatan 3.

Oleh itu kemasukan prestasi murid dalam SPPBS sangat penting dan perlu dilaksanakan.

sumber : Laman SPPBS

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...