Sunday, March 10, 2013

Program AKU JANJI PMR, SPM dan PRA-U 2013

Program ini dijalankan khas untuk pelajar tingkatan 3,5 dan Pra-U 2013, ia bertujuan untuk menatapkan sasaran dan matlamat mereka dalam peperiksaan kelak. Melalui matlamat yang telah dibina mereka akan lebih berusaha dan bermotivasi untuk mencapai sasaran mereka. Program ini dijalan berasingan antara tingkatan iaitu pada 28 Feb 2013 kepada pelajar tingkatan 3 pada pukul 8.30am-9.30am, slot ke 2 dijalankan kepada pelajar tingkatan 5 iaitu pada pukul 10.30am hingga 11.30am. Pelajar Pra-U menandatangani borang Aku Janji pada 1 Mac 2013 iaitu pada pukul 8.30am-9.30am. Sebelum mereka diberi penerangan dan menandatangani borang Aku Janji mereka terlebih dahulu akan mendengar ceramah yang bertajuk Menggilap Mutiara daripada Cikgu Arywati. Seterusnya mereka akan bersama guru kelas masing-masing untuk menetapkan sasaran atau matlamat mereka dalam peperiksaan.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...